JOHOR BAHRU: Kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai masyarakat India yang didakwa tidak setia kepada negara, dijangka dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa tiga hingga empat hari lagi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
"Semalam kita sudah ambil percakapan Tun Dr Mahathir dan siasatan diteruskan.
"Dalam masa tiga hingga empat hari lagi, mungkin kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak AGC, selepas siasatan kita selesai," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.
"Pada pihak kita, kita teruskan siasatan dan dikatakan sebagai penjenayah... ini adalah siasatan polis, kita perlu lengkapkan siasatan kita, kalau kita tak lengkapkan (siasatan), kita seolah-olah (macam) berat sebelah.
"... kita ambil percakapan (Tun Dr Mahathir) (kalau tidak) di Bukit Aman (dan) kita (juga) ambil di tempat (yang) sesuai (dan) yang Tun (Dr Mahathir) mohon," kata beliau lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri itu semalam mengenai dakwaan diperlakukan sebagai penjenayah kerana telah disoal siasat lebih daripada 10 kali sejak beberapa tahun lepas berikutan kenyataan dikeluarkannya.
Sebelum ini, Dr Mahathir dalam satu temu bual bersama saluran TV satelit di India dipetik mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih "terikat" dengan negara asal mereka.
Kenyataan beliau mendapat reaksi dan kritikan pemimpin negara, politik serta aktivis termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengecam kenyataan Dr Mahathir serta menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Terdahulu, beliau menyaksikan upacara serah terima tugas antara Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, yang akan bersara wajib pada 28 Jan ini, kepada Ketua Polis Johor yang baharu CP M Kumar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
RAZARUDIN: Semalam kita sudah ambil percakapan Tun Dr Mahathir dan siasatan diteruskan. -Gambar fail/Bernama
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
Kes tembak KLIA: Hafizul diberkas polis di Kota Bharu - KPN
Polis sudah memberkas suspek kes tembak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Tembakan di KLIA: Suspek disyaki guna pistol semi automatik
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang, pada Ahad, disyaki menggunakan pistol semi automatik kaliber 9mm.
Polis panggil Tamrin Ghafar minggu depan
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, pihak polis berkemungkinan akan merekodkan kenyataan Tamrin pada minggu depan.
Tiada saman pemandu buat 'u-turn' di LTU Raub - KPN
Tiada tindakan saman dikenakan terhadap pemandu kenderaan melakukan pusingan U serta melawan arus di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub.
Aidilfitri: Op Selamat 22 tumpu kurangkan kemalangan
Op Selamat 22 bermula 8 hingga 13 April memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan ke tahap paling minimum, serta memastikan aliran trafik lancar sepanjang musim perayaan Aidilfitri.