awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar

Bernama
Bernama
20/04/2024
04:10 MYT
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar. - Foto Facebook/PDRM
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi tadi.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
Razarudin berkata Allahyarham merupakan KPN keempat dan memegang jawatan itu selama 20 tahun bermula 1974 sebelum bersara pada Jan 1994.
Menerusi hantaran itu, beliau berkata Mohammed Hanif, 85, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang dan anaknya Abdul Rahmat Omar mengesahkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 pagi di kediamannya di Shah Alam, Selangor.
Jenazah difahamkan akan dibawa ke Masjid Negara dan dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Zohor hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohammed Hanif Omar
#Razarudin Husain
#takziah
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan