awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan kes Muhyiddin Yassin telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara - KPN

Bernama
Bernama
21/08/2024
12:24 MYT
Kertas siasatan kes Muhyiddin Yassin telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara - KPN
Razarudin berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.
"Kita juga telah rakam keterangan daripada Tan Sri Muhyiddin dan beliau menjawab semua soalan yang diberikan. Kertas siasatan telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu Muhyiddin menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini memaklumkan sudah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapannya semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata dokumen terbabit diserahkan ketika polis mengambil keterangan beliau dipejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada pukul 11 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Facebook
#Peguam Negara
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan