GEORGE TOWN: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir, dekat sini baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kertas siasatan kes itu juga telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya(TPR) untuk tindakan selanjutnya.
"Siasatan kes itu telah selesai dan polis juga telah rekodkan keterangan pemandu kereta tersebut yang juga anak kepada seorang Ahli Parlimen. Lelaki berusia 20-an berkenaan telah hadir memberi keterangan pada 9 Mei lepas dan kami sedang tunggu arahan selanjutnya dari TPR," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, polis memaklumkan kes itu turut disiasat menurut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana ia melibatkan kesalahan menggunakan media sosial.
Dua anggota trafik itu telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran sehingga siasatan tatatertib berkaitan kes tersebut selesai sepenuhnya.
Menerusi klip video itu yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen pada 7 Mei lepas.
Paparan video berkenaan mendapat kecaman warga net yang tidak berpuas hati dengan individu tersebut menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Mohd Shuhaily berkata kertas siasatan kes itu juga telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya(TPR) untuk tindakan selanjutnya. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
Banjir 2024: PM zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam bantu mangsa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut tidak pernah mengeluh letih atau penat walaupun membanting tulang siang dan malam untuk membantu mereka yang terjejas.
Zahnita Wilson muat naik wajah lebam, suami sudah ditahan polis
Zahnita Wilson membuat kejutan apabila memuat dua gambar di Instagramnya dengan wajahnya yang lebam dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Bekas guru alami demensia hilang sejak Isnin lalu
Seorang bekas guru berusia 84 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Bangi, di sini sejak Isnin lalu.
Bedah siasat mayat wanita warga emas dibunuh anak kandung masuk hari kedua
Bedah siasat ke atas mayat seorang wanita berusia lingkungan 80-an yang dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya sebelum disumbat di dalam peti sejuk beku di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, masih l
Suspek utama kes pijak penuntut UPNM selesai dirakam keterangan di IPD Cheras
Polis selesai merakam keterangan suspek utama kes buli seorang penuntut tahun satu UPNM yang cedera parah dengan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak.
Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan tertiarap di Shah Alam
Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai berhampiran kunci air, Jalan Ngah Ibrahim 35/135, Shah Alam, pada Ahad.
Video tular: Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai di Kajang ditahan polis
Polis mengesahkan dua lelaki yang video mereka tular di media sosial kerana dipercayai meletakkan kepala babi di sebuah kedai roti canai di Bandar Teknologi Kajang, pada dua minggu lalu sudah ditahan.
Ayob Khan tidak pernah ada akaun grup 'khas' atas namanya di WhatsApp - PDRM
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, tidak pernah mengendalikan sebarang akaun grup aplikasi WhatsApp.