IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar yang tular di media sosial sejak Isnin lepas, kini telah dirujuk kepada Bukit Aman.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah melengkapkan siasatan dan menghantar kertas siasatan minggu lepas.
"Kini kita tunggu hasil seterusnya," katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya hari ini.
Dilapor, polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang telah membuat laporan pada 18 Sept lepas.
Kejadian berlaku pada 11 malam 17 Sept lepas dikatakan berpunca daripada pertengkaran mulut antara pengadu dan ibu kandungnya sebelum suspek bertindak menampar pipi sebelah kiri, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepala mangsa.
Susulan kejadian itu, mangsa dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar sebelum dimaklumkan oleh pihak hospital untuk dirujuk ke Hospital Taiping ekoran mengalami bengkak dan lebam di beberapa bahagian badan.
Motif kejadian berpunca daripada masalah keluarga sehingga menyebabkan pertengkaran manakala siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya terdapat anggota atau pegawai polis yang memberi perlindungan kepada suspek, Mohd Yusri berkata hasil siasatan mendapati perkara itu tidak benar sama sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Mohd Yusri berkata pihaknya telah melengkapkan siasatan dan menghantar kertas siasatan minggu lepas. - BERNAMA
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
Kertas siasatan kes pukul anak tiri diserah kepada Bukit Aman
Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar yang tular di media sosial sejak Isnin lepas, kini telah dirujuk kepada Bukit Aman.
Polis tahan lelaki dipercayai pukul anak tiri
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul anak tirinya, selepas remaja perempuan berumur 19 tahun itu membuat laporan polis.
Lelaki tular pukul anak tiri serah diri, direman 3 hari
Seorang lelaki yang tular memukul anak tirinya berusia lima tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Sabtu.