KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) Datuk Mohammad Lan Allani hari ini dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang RM10 juta.
Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai memohon supaya Mohammad Lan dilepaskan tanpa dibebaskan berikutan dia akan didakwa semula terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah pada Februari atau Mac ini.
Peguam Teh See Khoon yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM400,000 dikurangkan kepada RM300,000 memandangkan pihak pendakwaan menggugurkan dua pertuduhan itu dan anak guamnya memerlukan wang tersebut untuk membayar jaminan apabila dia didakwa semula di Sabah. Allan Suman tidak membantah permohonan itu.
Mahkamah membenarkan wang jaminan dikurangkan kepada RM300,000 dan mengekalkan syarat tambahan sebelum ini iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Sementara itu, Allan Suman juga memohon supaya prosiding perbicaraan bagi 20 pertuduhan rasuah yang dihadapi Mohamad Lan yang sepatutnya bermula 24 Jan ini di Mahkamah Sesyen di sini, dilapangkan kerana pihak pendakwaan perlu mengemas kini saksi pendakwaan.
Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 23 Mei ini.
Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili Mohammad Lan, Datuk K. Kumaraendran memberitahu pemberita bahawa anak guamnya akan didakwa semula di Sabah kerana transaksi wang dalam kes tersebut melibatkan bank di negeri itu selain saksi-saksi yang akan memberi keterangan juga dari negeri berkenaan.
Pada 5 Feb tahun lepas, Mohammad Lan didakwa atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang RM10 juta daripada akaun Private Banking Portfolio CIMB Bank miliknya di CIMB Bank ke akaun semasa dan akaun simpanan tetap CIMB Bank Berhad, juga miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Jalan Sagunting, Central Building, Kota Kinabalu, Sabah, pada 10 Dis 2012.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) (AMLA) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 4(1) akta sama membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mohamad Lan juga didakwa didakwa atas 20 pertuduhan rasuah berjumlah RM20.45 juta membabitkan hartanah di Melbourne, Australia.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi termasuk di Maybank Cawangan Mont Kiara dan Solaris Mont Kiara, dekat sini, antara September 2012 dan 26 Julai 2013 dan di CIMB Bank Jalan Sagunting, Central Building, Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Dis 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Mohammad Lan didakwa atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram. - Gambar fail/BERNAMA
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Pengubahan wang haram RM10 juta: Bekas Pengerusi Mara Inc mengaku tidak bersalah
Mohammad Lan, 66, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Kes AMLA: Bekas Pengerusi Mara Inc dilepas tanpa dibebaskan, akan didakwa semula
Bekas Pengerusi Mara Inc Datuk Mohammad Lan Allani dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan pengubahan wang haram.
Rasuah RM20.45 juta: Bekas Pengerusi Mara Inc mengaku tidak bersalah
Bekas Pengerusi Mara Inc Datuk Mohammad Lan Allani hari ini mengaku tidak bersalah atas 20 pertuduhan rasuah dan 2 pengubahan wang haram.