awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes anggota Palapes UiTM meninggal dunia: Polis rakam keterangan 34 individu setakat ini

Bernama
Bernama
02/12/2024
10:30 MYT
Kes anggota Palapes UiTM meninggal dunia: Polis rakam keterangan 34 individu setakat ini
ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata beberapa lagi individu akan dipanggil bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada koroner untuk inkues dan arahan lanjut. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Polis telah merakam keterangan 34 individu bagi membantu siasatan kes kematian pelajar anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi MARA (UiTM) bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Polis telah merakam keterangan 34 individu, termasuk jurulatih, pegawai perubatan, pelajar, dan pengadu, bagi membantu siasatan kes kematian pelajar UiTM.
  • Beberapa individu lagi akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada koroner untuk inkues.
  • Polis mengingatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata ia termasuk sembilan individu terbaharu yang diambil keterangan dengan mereka yang terlibat, meliputi pegawai jurulatih, pegawai perubatan, pelajar serta pengadu dalam kes tersebut.
Beliau berkata beberapa lagi individu akan dipanggil bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada koroner untuk inkues dan arahan lanjut.
"Sehingga itu kita minta supaya semua pihak berhenti menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.
Pada 10 Nov lepas seorang pelajar UiTM berumur 25 tahun dikatakan pengsan semasa menyertai sesi latihan di padang kawad sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan, dan tiga hari kemudiannya dia dilaporkan meninggal dunia.
Sementara itu merujuk kepada majlis pelupusan hari ini Mohd Iqbal berkata 730 buah mesin bitcoin, 150,000 botol arak, 100,000 tin arak, 500,000 batang rokok, 3,790 banner dan 6,251 VCD dilupuskan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM750,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota Palapes UiTM
#polis rakam keterangan
#siasatan
#Polis Daerah Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan