awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bacaan doa tular: Polis serah siasatan kepada Jawi

Sinar Harian
Sinar Harian
26/08/2023
10:03 MYT
Kes bacaan doa tular: Polis serah siasatan kepada Jawi
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, setakat ini tiada unsur jenayah dan ia lebih kepada isu agama.
KUALA LUMPUR: Siasatan berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, setakat ini tiada unsur jenayah dan ia lebih kepada isu agama.
"Siasatan kes ini telah diserahkan kepada pihak Jawi.
"Jika ada unsur jenayah dalam kes itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman akan siasat," katanya pada Sabtu.
Pada Rabu, Jawi dalam satu kenyataan memaklumkan akan menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara terbabit bagi memastikan tiada unsur menyalahi hukum dan fatwa yang sedang berkuat kuasa.
Sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Pada Jumaat, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan satu laporan diterima pihaknya pada 22 Ogos. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#upacara keagamaan penganut lain
#JAWI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan