KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 76 kes pertussis atau batuk kokol dalam tempoh Januari lepas hingga semalam iaitu peningkatan 986 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu hanya tujuh kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Lahad Datu (16), Tawau (15), Putatan (8) dan masing-masing empat kes di Semporna dan Papar.
Katanya Kunak dan Tambunan pula mencatatkan tiga kes manakala Sandakan, Kinabatangan serta Tuaran masing-masing merekodkan satu kes.
"Satu kes kematian direkodkan sepanjang tempoh berkenaan dan 41 kes melibatkan warganegara, 27 Filipina dan lapan kes melibatkan warga Indonesia," katanya kepada pemberita selepas sesi Townhall Kertas Putih Zon Negeri Sabah di sini hari ini.
Beliau berkata pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria iaitu Bordetella pertussis.
"Kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung serta tekak. Ia boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia, namun bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap adalah golongan paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.
"Lazimnya mereka yang dijangkiti akan mengalami batuk berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu. Ia boleh berlarutan hingga dua bulan. Batuk yang teruk dan berpanjangan ini menyebabkan pesakit menjadi kebiruan (cyanosis) kerana tidak sempat bernafas dan keadaan ini boleh mengakibatkan sawan kerana bekalan oksigen ke otak berkurangan," katanya.
Dr Zaliha berkata sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mempertingkatkan pemantauan dan pencegahan secara serius untuk memastikan penyakit berkenaan tidak menular.
Menurutnya langkah pencegahan pelalian merupakan cara pencegahan yang berkesan dan selamat.
"Pelalian adalah menggunakan vaksin pertussis, sekurang-kurangnya tiga dos dan diberikan secara suntikan. Pelalian diberikan kepada bayi sebanyak empat dos mengikut Jadual Program Imunisasi Kebangsaan.
"Pelalian diberi pada umur 2, 3 dan 5 bulan serta dos tambahan pada umur 18 bulan. Seseorang yang mempunyai gejala batuk perlu mengamalkan adab batuk iaitu menutup mulut dan mencuci tangan bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain.
"Seseorang yang bergejala juga dinasihatkan supaya tidak mencium bayi memandangkan bayi berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pertussis," tegasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
Dr Zaliha berkata pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria iaitu Bordetella pertussis. - Gambar fail/Bernama
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
Ramai tegur kenapa dengan wajah Fathia Latiff?
Wajah pelakon Fathia Latif sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa kelihatan agak berbeza dari mukanya sebelum ini.
Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus - Dr Zaliha
Sabah merekodkan 76 kes pertussis atau batuk kokol dalam tempoh Januari lepas hingga semalam iaitu peningkatan 986 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu hanya tujuh kes.
Pihak berkuasa Jawa Barat mulakan suntikan polio untuk 4 juta kanak-kanak
Kerajaan wilayah Jawa Barat akan memulakan kempen vaksinasi polio pada 3 April selepas pihak berkuasa mengesahkan seorang kanak-kanak di daerah Purwakarta dijangkiti penyakit itu.
JKNP keluar 34 notis kepada peniaga, pengendali makanan bazar Ramadan
JKNP mengeluarkan 34 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM3,500 kepada peniaga dan pengendali makanan di bazar Ramadan di negeri ini atas pelbagai kesalahan.
Perangi Malaria, saintis hasilkan antibodi buatan makmal
Sebuah kajian baharu di Afrika mendapati pemberian sekali dos ubat eksperimen melindungi orang dewasa daripada penyakit malaria sekurang-kurangnya dalam enam bulan.
JKN Perak perjelas dakwaan warga emas ruam selepas dipaksa ambil vaksin COVID-19
Warga emas itu sendiri bersetuju untuk menerima suntikan tersebut dan telah menandatangani borang persetujuan vaksinasi COVID-19.
COVID-19: Dos penggalak boleh diambil selepas individu pulih dari COVID-19
Individu yang telah divaksinasi dan pulih daripada COVID-19 digesa mengambil suntikan dos penggalak mereka dengan segera.
Kerajaan perlu bantu KWSP ganda pendapatan, mulakan fasa pemulihan - MTUC
Suntikan perlu diberikan kepada KWSP supaya ia memperbanyakkan pelaburan di luar negara untuk mengembangkan dana.