awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes buli di MRSM: Kertas siasatan dirujuk ke TPR dalam masa terdekat

Sinar Harian
Sinar Harian
10/04/2025
05:19 MYT
Kes buli di MRSM: Kertas siasatan dirujuk ke TPR dalam masa terdekat
Tangkap layar klip video kejadian dipercayai buli yang tular sebelum ini.
NIBONG TEBAL: Polis sedang menyiapkan siasatan berhubung kes buli melibatkan pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini seperti yang tular sejak Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata, kesemua tujuh pelajar yang disyaki terbabit telah diambil keterangan untuk membantu siasatan.
Menurutnya, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.
"Kesemua tujuh pelajar Tingkatan 3 yang berusia 15 tahun telah diambil keterangan.
"Kita dalam proses menyiapkan siasatan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada TPR dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Menjawab ketika ditanya sama ada polis juga merakam keterangan daripada pihak lain, Mohd Norazmi berkata, polis hanya memfokuskan kepada pelajar yang disyaki terbabit.
"Kita fokus kepada (keterangan) pelajar sahaja," katanya ringkas.
Sebelum ini, polis membuka satu kertas siasatan berhubung satu klip video memaparkan insiden buli di sebuah bilik dipercayai asrama yang tular di media sosial sejak pagi Isnin.
Polis dalam kenyataannya berkata, siasatan akan dijalankan secara holistik dengan mengambil kira semua aspek.
Polis juga akan mengambil tindakan proaktif dengan mengesan lokasi institusi terlibat dan semua individu yang dilihat dalam video berkenaan untuk dirakam keterangan.
Sebelum itu, polis mengesan satu klip video berdurasi 1 minit 31 saat tular dan telah meraih lebih puluhan ribu tontonan, komen serta perkongsian sehingga Khamis.
Klip tersebut menunjukkan beberapa individu dipercayai pelajar, melakukan perbuatan seperti membuli ke atas seorang individu lain yang berada di atas katil. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes buli
#MRSM
#Tular
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan