awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes buli MCKK: Laporan lengkap dari Hospital Kuala Kangsar diterima hari ini

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/11/2023
06:15 MYT
Kes buli MCKK: Laporan lengkap dari Hospital Kuala Kangsar diterima hari ini
Kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook PIBG MCKK berhubung kejadian buli yang tular. - Foto Sinar Harian
IPOH: Polis Perak dijangka menerima laporan perubatan lengkap daripada pihak Hospital Kuala Kangsar hari ini, berhubung kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan kes tersebut akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu hadapan.
“Sehingga kini, kita hanya menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Kuala Kangsar. Kalau sudah lengkap, kita akan hantar semula kepada AGC untuk menerima arahan seterusnya, sama ada dituduh atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung kejayaan Op Tapis Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.
Menurutnya, setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang permohonan untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah.
“Kedua-dua pihak, baik ibu bapa mahu pun sekolah, tidak ada yang berurusan atau berhubung dengan kita untuk menarik balik kes ini,” tambahnya.
Pada 11 Nov lalu, Mohd Yusri berkata, pihaknya telah menerima beberapa arahan khusus daripada AGC untuk melengkapkan siasatan kes buli di sekolah berkenaan.
Menurutnya, antara arahan khusus itu ialah mendapatkan laporan penuh perubatan mangsa.
Sebelum ini, tular di media sosial kes membabitkan seorang pelajar sekolah itu dimasukkan ke hospital, dipercayai dibuli pelajar senior.
Turut tular, sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman disiplin terhadap pelaku-pelaku yang diminta berkelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah.
Dalam kejadian itu, tiga pelajar lelaki Tingkatan Empat dikatakan dipukul empat pelajar Tingkatan Lima dan mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut.
Ekoran daripada itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru MCKK menyelar tindakan ahli keluarga pelajar yang menularkan kejadian buli itu dan dianggap memberi imej buruk kepada sekolah berprestij itu.
Topic Berkaitan
#buli
#MCKK
#Mohd Yusri Hassan Basri
#laporan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan