MALAYSIA
Kes bunuh di Kapar: Mangsa dicekik hingga maut - Polis

Suasana sekitar kawasan Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, gempar pada Khamis dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh. - Foto Sinar Harian
KLANG: Mayat seorang lelaki yang ditemui di kawasan Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, Khamis lalu dipercayai dicekik sehingga maut.
Ringkasan AI
- Mayat seorang lelaki ditemui di Jalan Kempas Kiri, Kapar, dipercayai maut akibat dicekik berdasarkan hasil bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
- Mangsa bekerja sendiri di Shah Alam, dan motif kejadian masih dalam siasatan; lima individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
- Polis sedang giat mengenal pasti suspek, dan orang awam diminta terus menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes bunuh ini.
“Siasatan awal juga mendapati mangsa bekerja sendiri di kawasan Shah Alam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan.
“Usaha mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini masih dijalankan.
“Sehingga kini, lima individu telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, mangsa yang juga warga tempatan itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan kecederaan oleh orang awam sebelum polis dimaklumkan kira-kira jam 3.30 pagi. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami