HULU SELANGOR: Seramai 26 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya ditemukan di Kampung Sri Kledang, di sini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam.
"Setakat ini kita percaya suspek yang ditahan merupakan suspek tunggal dalam kes ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pencarian bahan bukiti di parit berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini hari ini.
Beliau berkata operasi pencarian itu yang turut melibatkan Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik CSI berjaya menemukan satu telefon pintar dipercayai milik mangsa di dalam parit berkenaan.
"Pasukan pencarian berjaya menemukan satu telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dipercayai dapat dalam membantu siasatan kes ini.
"Operasi melibatkan K9 masih diteruskan di lokasi kejadian manakala Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik, mereka akan mencari di satu lagi lokasi di Perak, kira-kira 20 minit dari lokasi ini," katanya yang enggan mendedahkan lokasi terbabit.
Mengenai motif kejadian, Hussein berkata seperti dimaklumkan sebelum ini, mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain tetapi sejauh mana hubungan itu pihaknya masih lagi menyiasat sebelum membuat kesimpulan motif sebenar pembunuhan.
Beliau turut memaklumkan reman suspek yang akan tamat Isnin ini kemungkinan akan disambung lagi dan suspek yang juga anggota polis kini ditahan kerja secara automatik.
Sementara itu, Hussein berkata laporan bedah siasat mangsa masih belum diperolehi dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak hospital dan makmal.
Mayat mangsa katanya, kini masih di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh Hussein dan beberapa prosedur perlu dilakukan termasuk ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan dilakukan oleh Jabatan Kimia berikutan pengecaman mayat yang tidak dapat dilakukan secara visual.
"Mayat mangsa akan diserahkan kepada keluarga bergantung kepada ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) menerusi ibu dan adik-beradik mangsa yang akan dilakukan Jabatan Kimia.
"Saya rasa (mayat) tidak dapat dibawa keluar hari ini, mungkin mengambil masa beberapa hari lagi dan dalam masa sama kita akan meminta Jabatan Kimia percepatkan proses terbabit," katanya.
Hussein sebelum ini memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas (10 Julai) ditemukan mati di ladang kelapa sawit tersebut pada petang Isnin.
Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
Hussein berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam. -Gambar fail/Sinar Harian
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan kes anggota Palapes UiTM meninggal dunia sudah lengkap
Siasatan polis berhubung kematian seorang mahasiswa anggota Palapes UiTM telah lengkap dan akan dihantar ke Mahkamah Koroner untuk prosidung inkues.
Lambakan warga asing: Polis pantau rapat Sungai Buloh, Kuala Selangor, Ampang
Polis Selangor memantau rapat kawasan Sungai Buloh, Kuala Selangor dan Ampang berikutan lambakan warga asing di kawasan itu yang mencetuskan kekhuatiran dalam kalangan penduduk.
Dua lelaki diburu kes rompak jongkong emas RM5.9 juta
Polis memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun berkawan dan bersenjata melibatkan jongkong emas milik sebuah syarikat di Kompleks Industri Puchong, dekat sini pada 13 September lepas.
Polis tumpas kegiatan proses, jual air ketum di Sungai Buloh
Polis menumpaskan kegiatan memproses dan menjual air ketum yang disyaki berselindung di sebalik sebuah syarikat landskap dalam serbuan di Sungai Buloh.
10 ditahan dipercayai terlibat samun berkawan bersenjata rumah ahli perniagaan
Kesemuanya yang berusia 23 hingga 46 tahun ditahan di Mantin, Negeri Sembilan dan sekitar Lembah Klang menerusi Op Casa bermula Khamis.
Polis tembak mati penjenayah di Rawang
Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Beruntung, Rawang.
Barang milik Muhammad Nidza Afham tidak hilang, henti sebar spekulasi - KP Selangor
Polis menafikan berlaku kehilangan dokumen atau barang milik Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar seperti yang ditularkan.
Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham - Ketua Polis Selangor
Mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta
Polis berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah bernilai RM2.6 juta selepas menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai transporter di Sabak Bernam, pada Khamis lepas.
Polis buru 4 lagi suspek kes culik berhampiran Plaza Tol Lebuhraya MEX
Polis percaya kesemua suspek yang diburu itu, tiga lelaki dan seorang wanita, masih berada dalam negara.