awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 228 DNA penduduk sudah diambil

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/12/2023
07:42 MYT
Kes bunuh Zayn Rayyan: 228 DNA penduduk sudah diambil
Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua sampel DNA itu diambil secara beramai-ramai daripada sebahagian penduduk di 18 blok apartmen berkenaan termasuk Blok R.
PETALING JAYA: Polis sudah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) 228 penduduk Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua sampel DNA itu diambil secara beramai-ramai daripada sebahagian penduduk di 18 blok apartmen berkenaan termasuk Blok R.
"Polis juga telah selesai membuat pemeriksaan rumah ke rumah termasuk kedai membabitkan 18 blok dengan 2,484 unit.
"Jumlah individu yang diperiksa terdiri 5,628 orang membabitkan penduduk di apartmen berkenaan," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Hussein menambah sebanyak 90 kumpulan membabitkan 90 pegawai dan 188 anggota polis terbabit dalam operasi berkenaan.
Sementara itu, Hussein berkata, Forensic DNA Databank of Malaysia (FDDM) mempunyai lebih 250,000 profil DNA daripada mereka yang pernah ditangkap oleh polis.
"Jika ada ditemui profil DNA tempat kejadian yang dipercayai kepunyaan suspek, bank data ini boleh bantu sekiranya suspek pernah ditangkap sebelum ini bagi apa-apa kesalahan lain.
"Setakat ini banyak kes, bank data ini telah bantu termasuk kes-kes yang tidak dapat diselesaikan 10 hingga 20 tahun dulu, yang dipanggil cold case," jelas beliau.
Dalam masa yang sama, beliau berkata selain cap jari dan DNA, terdapat beberapa bukti forensik lain yang boleh membantu siasatan seperti fiber, kain, tapak kasut dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#hasil siasatan
#sampel DNA
#penduduk apartmen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan