KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin kini sudah mencapai 90 peratus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain.
Beliau berkata ia melibatkan siasatan dalam pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
Katanya kesemua saksi yang pernah diambil keterangan sebelum ini mungkin akan dipanggil semula termasuk ahli keluarga Zayn Rayyan bagi melengkapkan siasatan.
“Buat masa ini motif (pembunuhan) adalah sangat penting dan kita tidak mengetahui apa motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh,” katanya dalam sidang media khas di Ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Pada 5 Disember lepas kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya, dan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh.
Razarudin berkata ujian patalogi tidak akan dibuat lagi melainkan terdapat maklumat baharu, sekiranya ada tangkapan selepas ini.
Berhubung bantuan yang diterima daripada pihak Interpol, Razarudin berkata pihaknya hanya menerima laporan daripada segi saintifik dan forensik dalam membantu siasatan kes itu.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis tidak akan menghentikan siasatan sehingga petunjuk baharu diperoleh, dan setakat ini polis telah merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Razarudin berkata ia melibatkan siasatan dalam pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek - Gambar fail/Bernama
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik
Setiap benda hidup menghembuskan DNA dalam bentuk air liur atau wap yang dikeluarkan ketika bernafas.
Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - Polis
Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 28 Feb lepas milik mangsa kes pembunuhan, Bella.
Rangka manusia sah milik Bella - Polis
Laporan mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Bella yang dilaporkan hilang Disember lalu.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN
Siasatan melibatkan pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang
Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember lalu.
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti.
Saintis China bangunkan program peranti komputer berasaskan DNA
Litar bersepadu terkenal yang digunakan dalam dekad yang lepas kebanyakannya terdiri daripada elektronik dan fotonik berdasarkan semikonduktor.
Kebakaran hutan di Hawaii: 1,100 penduduk masih belum dapat dikesan
Seramai 1,100 orang masih hilang dalam kebakaran hutan luar biasa yang melanda Pulau Maui di Hawaii baru-baru ini.
Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat
Pengesahan dibuat selepas semua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.