awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik

Amanz
Amanz
06/04/2024
04:00 MYT
DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik
Penyelidik dari Flinders University, Australia mendakwa mereka boleh mengekstrak DNA daripada pendingin hawa untuk membuktikan seseorang itu berada di dalam bilik. -Amanz
DALAM siri CSI, kita diperlihatkan dengan teknik forensik moden yang digunakan untuk menyelesaikan kes jenayah.
Ia bertanggungjawab membuatkan orang ramai lebih memahami mengenai bukti DNA dan memerlukan pendakwaraya memperlihatkan bukti lebih kukuh di mahkamah.
Penyelidik dari Flinders University di Australia kini mengatakan mereka boleh mengekstrak DNA daripada pendingin hawa untuk membuktikan seseorang itu berada di dalam bilik.
Setiap benda hidup menghembuskan DNA dalam bentuk air liur atau wap yang dikeluarkan ketika bernafas.
Oleh sebab itu penyelidik mendapati DNA persekitaran (eDNA) yang dilepaskan ini boleh dikutip oleh pendingin hawa dan mesin penapis udara.
eDNA boleh dijadikan bukti seseorang suspek berada di lokasi kejadian walaupun selepas cap jari dan bukti DNA lain dibersihkan.
Teknik mengumpul eDNA ini telah lama digunakan oleh saintis untuk mengesan kewujudan spesis haiwan di dalam sungai.
Tahun lalu sampel air Loch Ness dikumpul untuk mencari bukti kewujudan spesis haiwan misteri yang didakwa naga purba.
eDNA Loch Ness tidak ditemukan oleh ahli sains tetapi kewujudan ikan, katak dan haiwan akuatik lain mampu dikesan dalam sampel yang diambil. -Amanz
Topic Berkaitan
#DNA
#teknik forensik moden
#Flinders University
#eDNA
#air liur atau wap air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan