awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 dalam kalangan warga ATM tidak benar - Panglima ATM

Bernama
Bernama
05/03/2020
21:53 MYT
Kes COVID-19 dalam kalangan warga ATM tidak benar - Panglima ATM
Affendi turut menafikan terdapat kewujudan mesin pengimbas suhu badan di bangunan Mindef. - Gambar fail
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat kes COVID-19 di Pangkalan Udara Subang dan Kementerian Pertahanan (Mindef), di sini.
Perkara berkenaan disahkan oleh Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang ketika dihubungi Bernama pada Khamis
"Perkara itu tidak benar. Sebenarnya Panglima Operasi TUDM ada mengadakan lawatan di sebuah hospital swasta di Subang yang terdapat kes pesakit COVID-19 ditempatkan di situ.
"Beliau, bagaimanapun telah diperiksa dan dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga dan dia disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19. Perkara ini telah disalah tafsir," katanya.
Dalam pada itu, Affendi turut menafikan terdapat kewujudan mesin pengimbas suhu badan di bangunan Mindef.
"Saya sendiri ada di Mindef, takkan saya tidak tahu mengenai perkara berkenaan (pengimbas suhu badan). Jadi ia tidak tepat," katanya.
Terdahulu, tersebar di aplikasi WhatsApp kononnya berlaku penularan wabak COVID-19 dalam kalangan anggota pasukan keselamatan itu yang mengambil langkah berjaga-jaga khususnya di Pangkalan Udara Subang serta kewujudan mesin pengimbas suhu badan di Tingkat 18 bangunan Mindef.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Affendi Buang
#Angkatan Tentera Malaysia
#bangunan Mindef
#COVID-19
#Hospital
#Kementerian Pertahanan
#keselamatan
#mesin pengimbas suhu badan
#Mindef
#operasi
#Pangkalan Udara Subang
#Panglima Operasi TUDM
#tentera
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan