PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin boleh merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kes cukai tertunggak, masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.
Ini susulan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang membenarkan Najib dan Mohd Nazifuddin sebagai pemohon merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.
"Adalah keputusan sebulat suara kami bahawa keperluan Seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 telah dipenuhi dari segi Lampiran 1 (Usul untuk kebenaran merayu)," kata Tengku Maimun yang bersidang bersama hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.
Seksyen 96 (a) dan (b) akta itu menyatakan bahawa kebenaran hanya akan diberikan oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan dalam kausa sivil yang melibatkan soal prinsip am yang diputuskan buat kali pertama atau persoalan kepentingan yang menjadi hujah lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan adalah untuk faedah awam atau daripada apa-apa keputusan tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuk kesahihan undang-undang bertulis yang berkaitan dengan peruntukan sedemikian.
Bekas perdana menteri dan anak lelakinya memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan terhadap penghakiman terus yang diperoleh LHDN untuk mendapatkan lebih RM1.7 bilion tunggakan cukai daripada mereka.
Dua Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi memperoleh semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.
Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu.
Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan permohonan mereka untuk menangguhkan perintah penghakiman terus itu sementara menunggu pendengaran permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes sivil, pihak litigasi mesti mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum mereka boleh meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan.
Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib dan Nazifuddin berhujah bahawa tindakan LHDN itu berniat jahat dan jelas responden (LHDN) berusaha untuk memufliskan anak guamnya walaupun sebelum Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) boleh mendengar merit pembelaan mereka terhadap taksiran cukai tambahan yang dikemukakan terhadap mereka.
LHDN diwakili oleh Timbalan Peguamcara Hasil Dr Hazlina Hussain manakala peguam Anand Raj dari Badan Peguam Malaysia bertindak sebagai 'amicus curiae' atau sahabat mahkamah.
Sementara itu, seorang lagi peguam Najib dan Mohd Nazifuddin, Wee Yeong Kang ketika dihubungi berkata mereka akan memfailkan notis rayuan secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu.
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
AWANI Tonight: Is global net zero target in jeopardy?
The Energy Industries Council (EIC) highlights the widening gap between the industry's current reality and the ambitious global net zero targets set by policymakers to be achieved by 2050 as well as what it takes to fulfil the commitment.
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kes cukai tertunggak: Najib, Nazifuddin dapat kebenaran merayu
Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin boleh merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung penghakiman terus diperoleh LHDN dalam kes cukai tertunggak.