awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan TRW, PDRM FC berdepan kes tunggakan gaji pemain
Lebih 100 maut akibat penyakit berkaitan cuaca sejuk di Rangpur dalam 3 hari
Mesyuarat UNSC mengenai Venezuela diadakan Isnin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes culik di Pasir Puteh: Wanita antara lapan suspek disambung reman dua hari

Bernama
Bernama
05/10/2025
04:00 MYT
Kes culik di Pasir Puteh: Wanita antara lapan suspek disambung reman dua hari
Lapan individu termasuk seorang wanita yang ditahan kerana disyaki menculik seorang lelaki di Pasir Puteh disambung reman selama dua hari bermula esok. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Lapan individu termasuk seorang wanita yang ditahan kerana disyaki menculik seorang lelaki di Pasir Puteh, disambung reman dua hari bermula esok.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid hari ini, selepas membenarkan permohonan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap kesemua suspek mengikut Seksyen 385, 342 dan 365 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
Terdahulu, kesemua suspek memakai baju lokap polis berwarna oren dan menutup muka tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 8.30 pagi.
Pada 26 Sept lepas, kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 46 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di enam lokasi sekitar Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat, dan mangsa culik berjaya diselamatkan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dilapor berkata mangsa dikurung di sebuah rumah tidak bernombor di Cherang Ruku, Pasir Puteh dan suspek meminta wang tebusan RM150,000 daripada majikan mangsa.
Selain penahanan lapan suspek, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya 15 telefon bimbit, tiga kenderaan, seutas rantai besi bersama lima mangga, pelitup muka, pengikat kabel serta pakaian yang dipakai semasa kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik
#disambung reman
#Pasir Puteh
#Mahkamah Majistret Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan