Polis tidak menolak kemungkinan terdapat individu lain terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak Britain, Freddie Joseph di Bangsar, di sini pada 8 Nov.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya telah menyoal siasat bekas pembantu rumah yang pernah berkhidmat dengan keluarga kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejurus penahanan mereka pada 10 Nov, tetapi ia tidak membawa sebarang petunjuk positif.
"Jadi kami syak ada lagi suspek terlibat. Harap maklumat tentangnya boleh diperoleh menerusi rakaman percakapan dengan ibu mangsa sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari Rabu.
Joseph, setahun lapan bulan, diculik seorang lelaki dan wanita di rumahnya di Bangsar, ketika ibunya masuk ke dalam rumah selepas memberi anaknya itu makan di halaman rumah mereka.
Kanak-kanak itu dijumpai oleh orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, 18 jam selepas diculik.
Mohmad berkata, ibu kanak-kanak itu yang masih dalam keadaan trauma diharap dapat memberi gambaran sebenar kejadian itu supaya memudahkan polis membuat siasatan.
"Kami harap sewaktu percakapan dirakam dia beri kerjasama yang baik," katanya.
Dalam kes lain, Mohmad berkata pihaknya sedang mengemaskini semua bukti kes rompakan kedai emas di Festival City Setapak, di sini, pada 31 Okt lepas untuk membolehkan suspek didakwa atas tuduhan menyamun.
"Sekarang kami sedang berusaha mencari teman wanita suspek utama untuk membantu siasatan. Gambarnya telah disebarkan kepada umum untuk membolehkan orang ramai membuat laporan sekiranya terserempak dan ternampak wanita itu," katanya.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, suspek yang merupakan pengawal keselamatan di pusat membeli-belah itu yang lengkap berpakaian seragam bertindak mengacukan senjata api kepada empat pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.
Terdahulu, ketika berucap pada perhimpunan bulanan itu Mohmad berkata indeks jenayah di ibu negara menurun sebanyak 1,041 kes atau lima peratus bagi tempoh Januari hingga November ekoran Ops Cantas.
Bernama
Wed Nov 13 2013
Gambar fail Freddie Joseph bersama ibunya Sarah Joseph selepas kanak-kanak itu ditemui minggu lalu.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsar
13 individu diperiksa dalam operasi bermula pada 12.15 tengah hari itu susulan aduan orang ramai berhubung kegiatan mengemis.
Ras Adiba tumpu usaha cari Zalina Azman di Bangsar
Ras Adiba berkata ini kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada mereka berdua .
Polis nafi dakwaan paksa pasangan kekasih tarik balik laporan disamun
Polis menafikan bahawa pihaknya telah memaksa sepasang kekasih yang mendakwa disamun di Bangsar menarik semula laporan seperti yang tular melalui satu ciapan di laman Twitter hari ini.
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
Jalan Maarof ditutup pagi Ahad untuk kerja tampalan - DBKL
Jalan Maarof telah ditutup secara keseluruhan kepada lalu lintas sehingga jam 5 pagi Ahad untuk membolehkan kerja-kerja tampalan sementara jalan yang rosak dilaksanakan.
Hujan lebat, tanah mendap di Jalan Maarof
Kejadian hujan lebat serta ribut petir sejak petang Sabtu mengakibatkan kerosakan teruk di Jalan Maarof, Bangsar malam tadi.
Kes bunuh Bangsar: Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas
Pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya.
Sebuah rumah teres di Bangsar hampir hangus dalam kebakaran
Kebakaran dapat dikawal pada jam 9:50 malam dan padam sepenuhnya pada jam 10:20 malam.
Penularan wabak COVID-19 di Bangsar? Ini yang perlu anda tahu
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah menjelaskan, siasatan akan dijalankan berhubung perkara itu.
Tiga lagi termasuk suspek tetak pesara Mardi di Bangsar diberkas
Salah seorang suspek dipercayai adalah individu yang bertindak menetak mangsa Dr Wan Hassan hingga maut.