PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,041 kes pada Minggu Epidemiologi ke-12 (ME12) iaitu dari 17 hingga 23 Mac lepas berbanding 2,905 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menerusi kenyataan berkata empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME12.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME12 adalah sebanyak 41,565 kes berbanding 26,222 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Terdapat 28 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 17 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023," katanya.
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME12adalah sebanyak 141 lokaliti berbanding 161 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.
Beliau berkata daripada 141 lokaliti dilaporkan, Selangor mencatatkan 118 lokaliti diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (13), Pulau Pinang (enam), Perak (dua) serta masing-masing satu lokaliti di Negeri Sembilan dan Johor.
Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan chikungunya, terdapat empat kes direkodkan pada ME12 dan jumlah kumulatif kes chikungunya hingga kini adalah 13 kes.
Beliau berkata terdapat dua wabak chikungunya dilaporkan pada ME12 manakala bagi survelan zika sebanyak 568 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan zika dengan hasil kesemuanya adalah negatif.
Menurut Dr Muhammad Radzi musim perayaan menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi.
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya memastikan tiada bekas yang boleh menakung air di dalam dan di luar rumah serta menutup semua bekas yang menyimpan air dengan rapat sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung dan bercuti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,041 kes pada Minggu Epidemiologi ke-12 (ME12) iaitu dari 17 hingga 23 Mac lepas berbanding 2,905 kes pada minggu sebelumnya. -Gambar fail/Pixabay
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Kekejaman zionis: Israel mesti dihentikan! - Afrika Selatan di Mahkamah Dunia
Afrika Selatan gesa Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perintahkan penghentian serangan Israel ke atas Rafah.
Kekejaman zionis: Liga Arab gesa gencatan senjata di Gaza
Pemimpin Arab menggesa gencatan senjata segera di Gaza, penarikan tentera Israel dan pembatalan sekatan terhadap orang awam di Gaza semasa sidang kemuncak Liga Arab, di Bahrain, pada Khamis.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia
BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di seluruh negara tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn Bhd.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Feb, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya.
Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
7,254 kes demam denggi, 12 kematian direkodkan di Pulau Pinang
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal Januari hingga 23 Disember adalah sebanyak 7,254 kes dengan 12 kematian dicatatkan.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Denggi: Pulau Pinang rekod sembilan kematian setakat 20 Nov
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu sebanyak sembilan kematian membabitkan kes demam denggi di negeri itu direkodkan setakat 20 Nov lepas.
Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian
Dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 dijangkiti penyakit itu bulan lalu.