awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod

Bernama
Bernama
03/08/2024
10:15 MYT
Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME30 adalah sebanyak 96 lokaliti berbanding 94 pada minggu sebelumnya. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kes demam denggi menurun kepada 2,609 pada Minggu Epidemiologi ke-30 (ME30) iaitu bagi tempoh 21 hingga 27 Julai lepas berbanding 2,690 pada minggu sebelumnya yang menyaksikan empat kematian dilaporkan akibat komplikasi.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME30 adalah sebanyak 85,740 kes berbanding 68,651 bagi tempoh sama tahun lepas.
"Terdapat 73 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 47 kematian bagi tempoh sama pada 2023," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME30 adalah sebanyak 96 lokaliti berbanding 94 pada minggu sebelumnya.
Beliau berkata daripada 96 lokaliti yang dilaporkan, Selangor mencatatkan 75 lokaliti, di Perak dan Negeri Sembilan masing-masing lima, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing empat, Sabah (tiga), Kedah (dua) dan masing-masing satu lokaliti di Kelantan dan Johor.
Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan chikungunya terdapat empat kes direkodkan pada ME30.
Beliau berkata jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 62 kes dan tiada wabak chikungunya dilaporkan pada ME30.
Bagi survelan zika pula, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 1,564 sampel darah, lapan sampel urin dan tiga sampel serebrospinal telah disaring dan kesemua mencatatkan keputusan negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes demam denggi
#Minggu Epidemiologi ke-30
#Kementerian Kesihatan
#Muhammad Radzi Abu Hassan
#empat kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan