awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi naik 16 peratus minggu lepas

Bernama
Bernama
10/11/2022
05:54 MYT
Kes demam denggi naik 16 peratus minggu lepas
Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-44 tahun ini (ME44/22) meningkat sebanyak 233 kes atau 16 peratus kepada 1,693 berbanding 1,460 pada minggu sebelumnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-44 tahun ini (ME44/22) meningkat sebanyak 233 kes atau 16 peratus kepada 1,693 berbanding 1,460 pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini, berkata, dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu berkenaan.
"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 51,262 kes berbanding 22,101 kes bagi tempoh sama 2021 iaitu peningkatan sebanyak 29,161 kes (131.9 peratus)," katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 35 kematian akibat komplikasi denggi turut dilaporkan berbanding 17 kematian bagi tempoh sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 18 kematian.
Bagaimanapun, katanya jumlah lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME44/22 menurun kepada 50 berbanding 56 pada minggu sebelumnya.
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 31 lokaliti hotspot berada di Selangor, Sabah (14 ), Kuala Lumpur dan Putrajaya (masing-masing empat) dan Melaka (satu).
Mengenai survelan chikungunya, katanya, sebanyak 12 kes direkodkan pada ME44/22 dengan enam kes dari Pulau Pinang, Selangor (lima) dan Negeri Sembilan (satu).
"Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 682 kes," katanya.
Bagi survelan zika, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,739 sampel darah dan 16 sampel urin telah disaring dan hasil kesemuanya adalah negatif. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#survelan chikungunya
#Minggu Epidemiologi
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan