awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dera bayi 16 bulan, suami isteri didakwa esok

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2021
03:36 MYT
Kes dera bayi 16 bulan, suami isteri didakwa esok
Sepasang suami isteri yang ditahan pada 25 Ogos lepas susulan kes dera bayi lelaki berusia 16 bulan akan didakwa di Mahkamah Majistret Tampin pada Isnin.
TAMPIN: Sepasang suami isteri yang ditahan pada 25 Ogos lepas susulan kes dera bayi lelaki berusia 16 bulan akan didakwa di Mahkamah Majistret Tampin pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, bapa tiri mangsa berusia 23 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Ibu kanak-kanak itu pula akan didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
BACA: Polis tahan bapa tiri tumbuk muka, cucuh puntung rokok pada bayi 16 bulan
Menurut Anuwal, keadaan mangsa ketika ini stabil malah sudah dibenarkan keluar hospital pada Jumaat dan kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Seremban.
Perbuatan itu terbongkar setelah polis menerima laporan daripada seorang doktor dari sebuah klinik yang memaklumkan menerima seorang pesakit iaitu bayi berkenaan dalam keadaan lebam di mata dan ada kesan seterika di belakang badannya disyaki didera.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kesan seterika di belakang badan
#dera bayi 16 bulan
#suami isteri ditahan
#cucuh puntung rokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan