awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Ebit Lew: Sedia penghadang untuk pengadu beri keterangan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2024
04:37 MYT
Kes Ebit Lew: Sedia penghadang untuk pengadu beri keterangan
Perbicaraan kes pendakwah terkenal, Ebit Lew akan disambung pada Selasa di Mahkamah Tenom dengan memanggil pengadu dalam kes tersebut. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Perbicaraan kes pendakwah terkenal, Ebit Lew akan disambung pada Selasa di Mahkamah Tenom dengan memanggil pengadu dalam kes tersebut.
Pengadu wanita merupakan saksi pendakwaan yang kesembilan bagi memberi keterangan di mahkamah.
Dalam perbicaraan sebelum ini, keterangan daripada saksi kelapan, Inspektor Yip Chang Ching belum selesai namun ditamatkan sesi pemeriksaan balas susulan pihak pembelaan, Datuk Ram Singh masih menunggu laporan daripada LGMS untuk perbicaraan seterusnya.
Pada perbicaraan kali ini, Chang Ching masih menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dan mahkamah meneruskan perbicaraan dengan memanggil pengadu sebagai saksi seterusnya.
Bagaimanapun, pada perbicaraan ini mahkamah menyediakan penghadang sekiranya pengadu dipanggil untuk memberi keterangan.
Perbicaraan akan bersambung selama tiga hari iaitu sehingga Khamis dan setakat ini seramai lapan saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Perbicaraan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahidah Zakaria, Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin serta Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.
Ebit diwakili barisan peguamnya iaitu Ram, Timothy Daut dan Chen Wen Jye. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#Mahkamah Tenom
#penghadang
#pengadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan