TAWAU: Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di ladang kelapa sawit pada malam 13 Jan tahun lepas.
Nurimah Juli, 35, berkata pada hari berkenaan lebih kurang pukul 7 malam, beliau dan Nurman pergi ke ladang kelapa sawit menaiki kereta Myvi berwarna putih yang dipandu arwah, yang terletak 25 minit daripada sebuah hotel di sini untuk berbincang mengenai pernikahan semula mereka.
"Saya ajak arwah Nurman pergi ke ladang itu dan dia tanya 'apa dan siapa ada di sana. Saya kata kau nak nikah sangat dengan saya dan dia cakap ya, saya betul-betul mau nikah sama kau. Saya terus bawa dia ke ladang dan sepanjang perjalanan kami bertengkar kerana dia cakap dia tidak nampak siapa wali saya (untuk bernikah).
Saya guna Google maps untuk pergi ke sana dan kami tiba di ladang kelapa sawit itu kira-kira 8 malam. Semasa masuk ke simpang ladang kelapa sawit, saya memilih sendiri jalan sebelah kiri dan berhenti di situ. Ketika itu arwah marah pada saya dan kata 'kau mau main-main sahaja'. saya cuba tekan maps tetapi tidak dapat, saya pindah dari tempat duduk sebelah pemandu ke belakang pemandu," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rohaiza Abd Rahman di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.
Nurimah berkata apabila sampai ke satu tempat berpokok besar, dia ditampar oleh bekas suaminya di muka dan dia naik berang dan cuba melawan balik Nurman.
"Dia kata kau ini menipu saja sama saya. Kau tidak mau nikah sama saya dan arwah meminta mereka patah balik kerana di situ jalan mati.
Selepas itu, dia cuba pusing balik dan waktu itu dia pukul saya dengan tangan kirinya. Kemudian saya tidak dapat kawal emosi dan terus ambil gunting dalam beg saya dan menikamnya. Tiada sesiapa berada di situ," katanya.
Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata demikian semasa hari kelapan perbicaraan kes bunuh Nurman, 61, membabitkan lapan tertuduh iaitu bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam.
Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini, antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula didakwa dengan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Disoal TPR Rohaiza, apakah tujuan saksi membawa arwah ke ladang kelapa sawit, Nurimah menjawab, "Pada masa itu saya tidak pasti apa tujuan sebenar saya tetapi dia mendesak mahu menikah dan minta wali keluarga, jadi saya tidak tahu buat apa dan kami bergaduh dalam kereta".
Kepada soalan Rohaiza, saksi berkata pada 12 Jan 2023, arwah ada menghubungi dan meminta untuk berjumpa bagi memulangkan telefon yang dirampas arwah pada 9 Jan di sebuah kelab di Lahad Datu.
"Dia juga merayu ingin merujuk balik dengan saya dan minta untuk bernikah dengan saya. Saya setuju dan cadangkan kami pergi ke Tawau. Kami tiba di Tawau pada 12 Jan dan keesokannya, arwah mengajak saya membeli baju dan cincin nikah," katanya yang sebelum ini bernikah dengan Nurman pada 2017 sebelum bercerai pada 2021.
Disoal TPR Rohaiza mengenai hubungan saksi itu dengan Nurman selepas bercerai, wanita itu menjawab "hubungan kami memang tidak baik dan selepas bercerai, Nurman masih mengekorinya di mana sahaja saya bekerja".
Mat Zaki bersama tujuh lelaki itu hari ini dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan masing-masing selepas pendakwaan memaklumkan tidak mahu meneruskan kes terhadap kesemua tertuduh selepas mendengar keterangan Nurimah yang mengaku membunuh Nurman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi Tawau bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka. - Gambar hiasan
Perancis keluarkan pelancong dari kepulauan New Caledonia yang dilanda rusuhan
Perancis telah mula mengeluarkan pelancong dari wilayah seberangnya di New Caledonia selepas beberapa hari pergolakan di kepulauan Pasifik itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Capaian liputan 5G di Malaysia cecah 85 peratus
Capaian rangkaian 5G di Malaysia kini mencecah 85 peratus dalam usaha melonjakkan kemajuan negara bagi aspek pendigitalan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Rodzi Md Saad.
APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'
Muhammad Asmawi Sulaiman, 29, dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024.
AWANI Borneo [25/05/2024] – Pengiktirafan | Sekat berita palsu | Filem pendek Gawai
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 25 Mei 2024
Kuching tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Pembangunan Chatbot perangi berita palsu di Whatsapp dalam fasa terakhir
Pesan Inik tampilkan adat, seni dan tradisi Iban
#AWANInews
#AWANIBorneo 25 Mei 2024
Kuching tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Pembangunan Chatbot perangi berita palsu di Whatsapp dalam fasa terakhir
Pesan Inik tampilkan adat, seni dan tradisi Iban
#AWANInews
Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui akibat cerun runtuh
Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.
Warisan ada hak tentukan rakan kerjasama - Shafie
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata apa pun bentuk gabungan politik yang diwujudkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah oleh parti-parti politik di negeri itu, keputusannya masih tertakluk di bawah kuasa rakyat.
Kuching tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan Kuching dipilih sebagai tuan rumah Mesyuarat Menter-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui
Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.
Pembangunan Chatbot perangi berita palsu di Whatsapp dalam fasa terakhir
Kemudahan Chatbot menerusi aplikasi WhatsApp milik Meta itu akan berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan di aplikasi berkenaan.
Warisan tekad rampas kerusi DUN Sindumin
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan parti itu akan merampas kembali kerusi DUN Sindumin yang dimenangi parti itu sebelum pemenangnya Datuk Yusof Yacob bertindak menyertai GRS
Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting
Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi Tawau bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka.