PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000 terhadap pelakon dan pengarah Farid Kamil kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis.
Pendakwaan menfailkan rayuan itu dalam usaha mengembalikan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Farid Kamil oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang memohon Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk lanjutan masa bagi membolehkan beliau membetulkan notis rayuan yang tidak mengandungi tandatangan ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara. Beliau berkata ia adalah "kecuaian" di pihak pendakwaan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Hanipah Farikullah bagaimanapun menolak permohonan untuk lanjutan masa bagi membetulkan notis rayuan itu dan berkata sudah tiga kali timbalan pendaftar mahkamah memaklumkan kepada pihak pendakwaan berhubung 'kecacatan' dalam notis rayuan.
Hakim Hanipah, yang bersidang bersama dengan Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk M.Gunalan kemudiannya menolak rayuan itu.
Terdahulu peguam Farid Kamil, Hisyam Teh Poh Teik membantah permohonan pihak pendakwaan dengan berkata timbalan pendaftar telah memaklumkan pihak pendakwaan sebanyak tiga kali mengenai kecacatan dalam notis rayuan, tetapi mereka hanya memfailkan permohonan lanjutan masa pada Mei tahun ini, yakni kelewatan selama lima bulan.
Hisyam yang dibantu peguam bersama Kee Wei Lon menggesa mahkamah membatalkan rayuan pihak pendakwaan kerana rayuan di mahkamah itu tidak wajar.
Susulan keputusan Mahkamah Rayuan itu, denda RM5,000 yang dikenakan terhadap Farid Kamil oleh Mahkamah Tinggi kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin untuk menghalang anggota polis itu daripada menjalankan tugasnya, kekal.
Farid Kamil didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret pada 2 Jun 2020 kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis itu dan satu lagi pertuduhan mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap anggota polis yang sama di kaunter pertanyaan balai polis trafik Kota Damansara pada 1.20 tengah hari pada 11 Jan 2018.
Aktor itu dijatuhi hukuman penjara 13 bulan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan. Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.
Bagaimanapun berikutan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Ogos 2021 telah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.
Pada 5 Jan lepas Farid Kamil gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500 yang dikenakan terhadapnya bagi kedua-dua kesalahan itu.
Pada hari yang sama pihak pendakwaan juga gagal dalam permohonan mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman, menyebabkan pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menggantikan hukuman penjara empat bulan kepada denda RM500 bagi kesalahan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Farid dijatuhi hukuman penjara 13 bulan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan. Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak. - Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Masih suami Isteri: "Ini bukan momen gembira untuk sesiapa" - Diana Danielle
Peguam mewakili Diana Danielle memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri.
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
"Doakan segalanya dipermudahkan" - Diana Danielle, Farid Kamil
Diana Danielle, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.
Bergaduh berpanjangan punca Diana fail cerai ke atas Farid - Peguam
Diana Danielle beri alasan, kemelut berpanjangan yang dihadapi dengan suaminya, Farid Kamil sukar untuk diselesaikan lagi.
Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP
"Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu."
'Surat-surat penipuan' Farid Kamil tiada lagi tempat di hati Diana Danielle
"Satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya."
Farid Kamil anggap musim cerai ada kaitan dengan politik...
Farid Kamil memberitahu dia tidak pernah meminta wang daripada netizen sepanjang 15 tahun mengharungi rumah tangganya bersama isteri, aktres Diana Danielle.
Farid Kamil sudah diberi notis pindah rumah secepat mungkin - Diana Danielle
Diana Danielle nafi masih berhubung, tinggal serumah dengan Farid Kamil.
Farid Kamil nafi dakwaan Diana Danielle fail cerai sebab orang ketiga
"Apa yang jadi bukan seperti yang disangkan.Tiada kena mengena dengan pihak ketiga."
"Saya sayang isteri.... akan lakukan apa sahaja untuk jernihkan keadaan"- Ikrar Farid Kamil
Farid Kamil berikrar untuk memulihkan kembali hubungannya dengan Diana Danielle yang dilaporkan mahu memfailkan perceraian kali kedua.