awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes gaduh: Polis kesan pelajar tingkatan 3, 4 sebuah sekolah di Medan Puteri, Rawang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/12/2023
12:52 MYT
Kes gaduh: Polis kesan pelajar tingkatan 3, 4 sebuah sekolah di Medan Puteri, Rawang
Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pergaduhan itu tidak melibatkan isu sekolah. - Foto IPD Gombak
GOMBAK : Polis sedang memburu sekumpulan pelajar tingkatan tiga dan empat sebuah sekolah di Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada salah seorang mangsa yang merupakan seorang pelajar tingkatan dua.
Beliau memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 petang, pengadu bersama rakan-rakannya berada berhampiran sebuah kedai dobi di Medan Tasik Puteri, Rawang, apabila tiba-tiba didatangi sekumpulan pelajar yang terus membelasah mereka.
"Berdasarkan siasatan awal, pergaduhan itu tidak melibatkan isu sekolah, sebaliknya disebabkan perselisihan faham," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Noor Ariffin memberitahu, ekoran daripada kejadian ini, pengadu sedang menerima rawatan di Hospital Selayang manakala seorang lagi rakannya dimasukkan ke Hospital KPJ Rawang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Katanya, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan di talian 019-3491233, Balai Polis Gombak (03-61262222) atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#pelajar gaduh
#Seksyen 147
#Kementerian Pendidikan
#kes pukul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan