awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Jana Wibawa: Siasatan terhadap Muhyiddin masih berjalan - Azam Baki

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/02/2023
03:59 MYT
Kes Jana Wibawa: Siasatan terhadap Muhyiddin masih berjalan - Azam Baki
Tan Sri Azam Baki berkata, kes melibatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu masih belum diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. - Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung projek Jana Wibawa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuhan Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kes melibatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu masih belum diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
"Perkara itu saya tidak boleh ulas, sebab siasatan masih lagi berjalan. Itu saya serahkan kepada Peguam Negara. (Kertas siasatan berkaitan Tan Sri Muhyiddin) belum lagi (dihantar kepada Peguam Negara), masih lagi dalam siasatan," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Muhyiddin semasa sidang media berkaitan kes Jana Wibawa, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Mahakamah Kuala Lumpur berkata, beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang siasatan dilakukan terhadapnya berhubung projek berkenaan.
Muhyiddin mengesahkan telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai projek tersebut pada 18 Februari lepas.
Katanya, ia berkaitan penganugerahan kepada kontraktor terpilih di bawah projek berkenaan, yang didakwa oleh pihak tertentu berkemungkinan terdapat unsur tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#Muhyiddin Yassin
#Jana Wibawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan