PETALING JAYA: Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful akan mengetahui pada 31 Mei ini sama ada dua pertuduhan jenayah seksual yang dihadapinya akan diteruskan dengan perbicaraan atau ditarik balik.
Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat bahawa pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.
"Namun arahan lanjut berhubung perkara itu belum diperoleh daripada ibu pejabat (Jabatan Peguam Negara), maka saya mohon satu tarikh lain ditetapkan dalam tempoh sebulan," kata Vitiya Monisha.
Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal berkata kes itu telah dipertimbangkan sebelum ini dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk diputuskan.
Pada 20 April lepas, mahkamah menangguhkan perbicaraan kes itu kepada hari ini berikutan saksi yang juga mangsa dalam kes itu tidak hadir pada prosiding itu (20 April 2022).
BACA: Saksi utama tidak hadir, bicara kes jenayah seksual Da'i Syed ditangguh
Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Syed Amirul ketika ditemui pemberita berkata walaupun pengadu telah menarik balik laporan polis, pihak pendakwaan masih mempunyai kuasa meneruskan pendakwaan terhadap anak guamnya.
"Kes itu masih boleh didengar (perbicaraan) kerana pihak pendakwaan boleh memaksa saksi ke mahkamah untuk memberi keterangan dengan meminta sapina dan waran tangkap dikeluarkan.
"Sama ada pihak pendakwaan akan meneruskan kes atau tidak, kami bersedia dalam kedua-dua keadaan," kata peguam itu yang ditemani Syed Shah Iqmal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022
Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa. - Gambar fail/BERNAMA
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
'Kami sampai...' - Isteri akui rumah tangga pernah goyah berikutan kontroversi rogol Da'i Syed
Hana berkata, kes rogol yang melibatkan suaminya itu menimbulkan syak wasangka sehingga menyebabkan dirinya bergaduh dengan Da'i Syed.
Da'i Syed selamat bernikah dengan pengacara Hana Ismail, terima mas kahwin gelang emas
Pendakwah bebas, Da'i Syed selamat bernikah dengan pengacara TV, Hana Ismail dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas'ud Kuala Lumpur pada jam 11.46 pagi Sabtu.
'Lembut hati, muliakan ulama antara sifat ada pada Da'i Syed' - Hana Ismail
Pengacara jelita Hana Ismail mengakui keperibadian lembut hati membuatkan dia tertarik untuk menerima kehadiran pendakwah bebas, Da'i Syed untuk dijadikan bakal suami.
Da'i Syed bebas tuduhan seks luar tabii, cabul penuntut kolej swasta
Da'i Syed bebas daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
Kes jenayah seksual Da'i Syed diteruskan atau ditarik balik diketahui 31 Mei
Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat bahawa pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.
Kes rogol Da'i Syed: Sebutan semula 5 Julai
Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 5 Julai untuk mendengar semula kes pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, yang didakwa atas satu tuduhan rogol.
Da'i Syed tuntut pihak dakwanya merogol padam kenyataan, minta maaf, atau berdepan tindakan mahkamah
Da'i Syed menyifatkan dakwaan itu adalah tohmahan yang amat dahsyat terhadap dirinya.