awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greenland syurga sumber alam semula jadi
Pekerja pos Minneapolis bantah kehadiran ICE di premis perkhidmatan
20 motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Parit Buntar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kanser payudara meningkat di Pahang - Exco

Bernama
Bernama
19/10/2025
22:30 MYT
Kes kanser payudara meningkat di Pahang - Exco
Kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemeriksaan awal dan saringan berkala sangat penting untuk menyelamatkan nyawa. - Foto AP
KUANTAN: Jumlah kes kanser payudara menunjukkan peningkatan setiap tahun di Pahang, dengan pesakit muda direkodkan berusia 20-an, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Sabariah Saidan.
Beliau berkata, kesedaran masyarakat khususnya kaum wanita tentang kepentingan pemeriksaan awal dan saringan berkala sangat penting untuk menyelamatkan nyawa.
"Saya menyeru kaum wanita di negeri ini untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara (Breast Self Examination) setiap bulan dan mendapatkan pemeriksaan klinikal di fasiliti kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 Peringkat Pahang, di sini, pada Ahad.
Selain itu, beliau berkata, kaum hawa juga boleh menjalani ujian saringan mamogram yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Pahang.
Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berkata ia antara lain bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat selain memberikan sokongan kepada pesakit kanser.
Katanya, golongan lelaki juga perlu peka terhadap penyakit itu kerana mereka tidak terkecuali daripada risiko yang sama.
Dalam pada itu, Sabariah turut menyeru keluarga, komuniti dan masyarakat memberikan dorongan moral serta mewujudkan persekitaran yang positif untuk pesakit kanser.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanser
#barah
#payudara
#Pahang
#wanita
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan