awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kematian Teoh Beng Hock: Pendakwaan jika ada bukti kukuh - AGC

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
08/09/2014
09:39 MYT
Kes kematian Teoh Beng Hock: Pendakwaan jika ada bukti kukuh - AGC
Mereka yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock (gambar) akan didakwa jika siasatan polis memperolehi bukti dan keterangan kukuh.
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini berkata mereka yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock akan didakwa jika siasatan polis memperoleh bukti dan keterangan kukuh.
“Pihak polis telah membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat lanjut perkara ini dan AGC akan membuat keputusan setelah siasatan selesai dan jika keterangan keadaan cukup kuat untuk mewajarkan pendakwaan, pendakwaan akan dibuat.
“Walau bagaimanapun, AGC ingin menegaskan bahawa unsur syak wasangka, tidak kira sekukuh manapun, tidak akan menyebabkan pendakwaan dalam apa juga kes,” kata AGC di dalam satu kenyataan media hari ini.
AGC menerangkan bahawa mereka yang menyebabkan kematian Teoh, jika ada, akan didakwa sekiranya pendakwa raya berpuas hati dengan bukti yang dikumpulkan di dalam siasatan polis.
Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes Teoh dan memutuskan bahawa kematiannya itu akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.
Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, membuat keputusan itu sebulat suara dan memerintahkan supaya siasatan lebih terperinci dijalankan berkaitan kematian itu, tanpa mengecualikan pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, yang sebelum ini menempatkan ibu pejabat SPRM, pada pagi 16 Julai 2009.
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara (AGC)
#Mahkamah Rayuan
#Teoh Beng Hock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan