KUALA LUMPUR: Lapan belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan Osman tanpa niat membunuh.
"Dengan ini kamu berenam dengan niat bersama dan dengan persubahatan tertuduh keenam (Abdoul Hakeem) didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada si mati (Zulfarhan Osman) tanpa niat membunuh," katanya ketika membacakan keputusan pada Selasa.
Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (membunuh tanpa niat) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.
Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Lima daripada mereka (kecuali Mohamad Shobirin) bersama 12 lagi turut disabitkan atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan.
12 tertuduh itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Ketika ini mahkamah berehat sebentar dan Hakim akan mengumumkan hukuman dikenakan kepada semua tertuduh selepas mahkamah bersidang semula.
BACA: Keputusan kes bunuh Zulfarhan: 'Sepanjang perjalanan saya baca Yasin' - Ibu
BACA: Kes bunuh Zulfarhan: Nasib 18 penuntut UPNM diketahui esok
Pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Okt 2019.
Pendakwaan telah mengemukakan 31 orang saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta dua saksi yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa iaitu Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah, kedua-duanya penuntut UPNM, pada perbicaraan yang bermula 29 Jan 2018.
Kes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Datuk Ranjit Singh Dhillon, Amer Hamzah Arshad, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim, Datuk Seri M Ramachelvam dan Datuk Hazizah Kassim.
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.
Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
BACA: Kes bunuh Zulfarhan: 2 pakar beri keterangan bercanggah - Peguam
BACA: Kes bunuh Zulfarhan: Pembelaan tutup kes selepas panggil 20 saksi
BACA: Ada seseorang suruh saya tumbuk Zulfarhan - Saksi
BACA: Kes Zulfarhan: Laporan forensik tidak tunjuk kesinambungan luka lecur sebab kematian
BACA: Kes bunuh Zulfarhan: 18 diarah bela diri, seorang dibebaskan
BACA: Kaki, tangan Zulfarhan Osman diikat, sebelum ditekap seterika - Saksi
BACA: Saksi dedah tulis dua surat layang beritahu Zulfarhan Osman didera
BACA: KKM akan panggil doktor klinik rawat Zulfarhan Osman
Ridauddin Daud
Tue Nov 02 2021
![Kes kematian Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah Kes kematian Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635763116_ZulfarhanOsmanZulk.jpg)
Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. -Gambar fail
![Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722060245_baranganantikGale.jpg)
Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World
Mata wang haiwan yang dikumpul sejak tahun 2005 itu terdiri daripada pelbagai bentuk.
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
![MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722046838_tbYAYASANPENCEGAHAN.jpg)
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
MCPF merasakan tindakan menyeksa hingga menyebabkan kematian seseorang itu jelas bertentangan dengan norma kehidupan manusia.
![Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715840624_Zulfarhan.jpg)
Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan
Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.
![Ahli keluarga Allahyarham Zulfarhan tiba di mahkamah Ahli keluarga Allahyarham Zulfarhan tiba di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721698633_ahlikeluarga.jpg)
Ahli keluarga Allahyarham Zulfarhan tiba di mahkamah
Kesemua mereka kelihatan tenang sebelum memasuki bilik bicara Mahkamah Rayuan jam 8.45 pagi.
![Kematian Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM esok Kematian Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715840624_Zulfarhan.jpg)
Kematian Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM esok
Keputusan itu dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin pada 9 pagi.
![Rayuan pendakwaan terhadap keputusan kes kematian Zulfarhan didengar 14 Mei Rayuan pendakwaan terhadap keputusan kes kematian Zulfarhan didengar 14 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713337988_Rayuanpendakwaanjp.jpg)
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan kes kematian Zulfarhan didengar 14 Mei
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Muhammad Najib Mohd Razi selaku responden berkata prosiding pendengaran rayuan itu, ditetapkan pada 14 hingga 16 Mei ini.
![UPNM, ATM diingatkan tidak ulangi jenayah yang berlaku ke atas Zulfarhan - Hishammuddin UPNM, ATM diingatkan tidak ulangi jenayah yang berlaku ke atas Zulfarhan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635915585_MesyuaratKhas.jpg)
UPNM, ATM diingatkan tidak ulangi jenayah yang berlaku ke atas Zulfarhan - Hishammuddin
UPNM dan ATM perlu ambil iktibar dan pengajaran terhadap hukuman penjara yang dikenakan terhadap enam penuntut universiti itu.
![Tubuh inkuiri siasat punca tiada tindakan awal pihak universiti Tubuh inkuiri siasat punca tiada tindakan awal pihak universiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635870117_ZulfarhanOsmanZulk.jpg)
Tubuh inkuiri siasat punca tiada tindakan awal pihak universiti
Langkah tersebut penting untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar serta menghalang insiden sama berlaku pada masa hadapan.
![Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635763116_ZulfarhanOsmanZulk.jpg)
Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun
Enam penuntut UPNM yang menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain dipenjara 18 tahun.
![Kes kematian Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah Kes kematian Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635763116_ZulfarhanOsmanZulk.jpg)
Kes kematian Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah
Enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian kepada Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain tanpa niat membunuh.
![Keputusan kes bunuh Zulfarhan: 'Sepanjang perjalanan saya baca Yasin' - Ibu Keputusan kes bunuh Zulfarhan: 'Sepanjang perjalanan saya baca Yasin' - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635817051_ZulkarnainIdris.jpg)
Keputusan kes bunuh Zulfarhan: 'Sepanjang perjalanan saya baca Yasin' - Ibu
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi pada Selasa.