awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kenderaan rasmi menteri ekori ambulans masih menunggu arahan PPN - Ketua Polis Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/03/2024
03:45 MYT
Kes kenderaan rasmi menteri ekori ambulans masih menunggu arahan PPN - Ketua Polis Perak
Mohd Yusri berkata mahkamah telah mengambil tindakan kepada pemandu kereta tersebut iaitu dikompaun. - Foto fail/Sinar Harian
IPOH: Kertas siasatan kes tular kenderaan rasmi menteri mengekori rapat ambulans di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) antara Tapah menghala ke Simpang Pulai sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan itu sudah dilengkapkan dan dihantar kepada Pejabat PNN pada Rabu lalu bagi mendapatkan arahan selanjutnya untuk sebarang tindakan.
“Terkini, kertas siasatan itu masih ada di Pejabat PPN apabila kita sudah menghantarnya pada Rabu lepas.
“Sekarang kita tunggu sahaja arahan daripada PPN untuk tindakan selanjutnya,” katanya sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bulan Mac 2024 di pekarangan parkir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai perkembangan kes tersebut yang tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai kritikan netizen.
Mohd Yusri mengakui kerjasama yang diberikan oleh pelaku dalam tempoh untuk kertas siasatan itu dilengkapkan agak baik.
Pada 8 Februari lalu, Mohd Yusri mengesahkan pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta rasmi menteri itu ekoran satu laporan polis yang dibuat berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 10.27 pagi itu di kilometer 305 PLUS.
Menurutnya, siasatan awal yang dibuat mengikut Peraturan 9 (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 mengesahkan kenderaan yang ditularkan itu ketika kejadian dipandu oleh lelaki yang merupakan pemandu kepada menteri berkenaan, dengan ketika kejadian menteri terbabit turut berada dalam kenderaan itu.
Sehari kemudian, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan insiden kenderaan rasmi dinaikinya yang didakwa mengekori rapat ambulans dalam kecemasan.
Jelas Ahli Parlimen Teluk Intan itu lagi, beliau dalam masa turut bersedia untuk membayar kompaun kesalahan bagi pihak pemandunya jika didapati bersalah kerana melanggar undang-undang.
Topic Berkaitan
#kenderaan rasmi menteri
#Ambulans
#Mohd Yusri Hassan Basri
#tular di media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan