awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2024
01:00 MYT
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Tertuduh (depan) diiringi polis tiba di Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini hari ini. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang peniaga pisang goreng yang disyaki melarikan dua kanak-kanak perempuan di Jeram dibawa di Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini hari ini.
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Suspek yang bergari kelihatan hanya tunduk sebelum diiring masuk ke dalam mahkamah.
Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, pihaknya telah mendapat arahan bagi menuduh lelaki itu dengan dua kesalahan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan kanak-kanak daripada jagaan yang sah.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah menerima satu aduan berhubung kehilangan seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di Taman Ikan Emas di Jeram, Kuala Selangor pada 6.30 petang, 19 Julai.
Sebelum ini tular di media sosial berhubung kehilangan dua kanak-kanak, yang didakwa diculik lelaki menaiki kereta jenis Perodua Bezza. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjual pisang goreng
#culik
#kanak-kanak perempuan
#kanak-kanak hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan