MALAYSIA
Kes lelaki Taiwan maut digilis LRT tiada unsur jenayah - Polis

Hussein berkata, siasatan mendapati mangsa jatuh atas kelakuannya sendiri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes lelaki warga Taiwan maut digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Pusat Bandar Puchong, Selasa lepas.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes lelaki warga Taiwan maut digilis tren LRT di Stesen Pusat Bandar Puchong pada Selasa lepas.
- Siasatan mendapati mangsa jatuh atas kelakuannya sendiri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
- CCTV menunjukkan mangsa berjalan seorang diri sebelum terjatuh, dan pihak polis telah berhubung dengan keluarga mangsa melalui kedutaan.
"Kita ada sumber keterangan yang menunjukkan bahawa mangsa jatuh atas kelakuannya sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki berusia 63 tahun yang masuk ke negara ini pada 31 Mei lepas berjalan berseorangan sebelum terjatuh dan digilis tren LRT berkenaan.
Polis telah berhubung dengan keluarga mangsa melalui pihak kedutaan untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami