awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Lolanopita Sadi satu pengajaran - Rohani

Bernama
Bernama
18/11/2014
00:30 MYT
Kes Lolanopita Sadi satu pengajaran - Rohani
Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah kelihatan ceria sambil dipeluk oleh bekas pengasuhnya, Norfitri Radius pada Isnin. Foto Bernama
Ibu bapa yang buntu tentang bagaimana hendak menjaga anak Orang Kurang Upaya (OKU) boleh menghantar anak mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata JKM sedia menerima anak OKU.
"Jika ada ibu bapa buntu...jangan sesekali abaikan (anak-anak) mereka dan jalan terakhir ialah menyerahkan mereka kepada JKM.
"Mengabaikan kanak-kanak adalah satu kesalahan dari segi undang-undang.
"Kanak-kanak OKU yang diserahkan kepada JKM akan diletakkan di tempat yang bersesuaian dan memastikan mereka mendapat rawatan pemulihan dan sebagainya.
"Sebagai kanak-kanak OKU, mereka mempunyai hak, dan jangan kita menidakkan hak mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup dan penyampaian sijil program 'Nilai U - NIEW Future Leaders Camp 2014' di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Seremban hari ini yang menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 terhadap Lolanopita Sadi, 40, yang mengabaikan anak lelakinya Muhammad Firdaus Dullah, 15, seorang OKU.
Katanya kes Lolanopita adalah satu pengajaran dan hendaklah diambil iktibar.
Beliau berkata JKM menyediakan talian Child Helpline 15999 untuk ibu bapa yang menghadapi situasi yang sama mendapatkan nasihat.
Ditanya sama ada Lolanopita boleh mengambil anaknya semula selepas tempoh tahanan itu, beliau berkata JKM kena serahkan kepadanya sebab dia ibunya, tetapi dengan bersyarat.
Bagaimanapun, katanya, semasa Lolanopita menjalani sesi kaunseling dengan JKM, dia memaklumkan hendak meletakkan anaknya di bawah jagaan JKM sebab dia gembira melihat perkembangan kanak-kanak itu.
Menteri itu berkata Muhammad Firdaus yang diletakkan di Taman Sinar Harapan di sini didapati bertambah sihat dan ceria.
Mengenai persiapan menghadapi banjir di seluruh negara, Rohani berkata JKM kini bersiap sedia menghadapi banjir di seluruh negara.
Katanya JKM telah mengenalpasti 5,218 buah pusat pemindahan dengan kapasiti 78,627 orang, manakala pengkalan hadapan sebanyak 569 buah di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Lolanopita Sadi
#Rohani Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan