awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Malaria: MPAJ cadang tutup hutan berhampiran Taman Saga, Taman Bukit Hatamas

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2020
09:55 MYT
Kes Malaria: MPAJ cadang tutup hutan berhampiran Taman Saga, Taman Bukit Hatamas
Sebuah akhbar tempatan pada Khamis melaporkan seramai 600 isi rumah dari dua kejiranan tersebut menjalani ujian darah selepas 14 kes malaria dikesan di kawasan berkenaan. - Gambar Facebook / @Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bercadang menutup kawasan hutan berhampiran Taman Saga dan Taman Bukit Hatamas sekiranya kes malaria di kedua-dua kawasan itu meningkat dengan mendadak.
Yang Dipertua MPAJ, Datuk Abdul Hamid Hussain berkata, setakat ini pihaknya masih memantau keadaan tersebut dan ia bergantung kepada jumlah kes dicatatkan dalam masa terdekat.
“Kami kini sedang lihat perkembangan kes, kalau lihat kes semakin bertambah, kita akan usahakan untuk yang utama sekali, kita tidak mahu orang luar atau orang tempatan masuk ke dalam hutan berkenaan (berhampiran taman tersebut).
“Sekarang ini kita sedang cuba buat halangan dari orang ramai daripada memasuki hutan itu kerana nyamuk itu berada dalam hutan dan kawasan pembinaan itu,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Tambah Abdul Hamid, MPAJ turut membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk membuat kawalan di kawasan berkenaan selain membantu dalam aktiviti semburan kabus (fogging).
“Cuma nyamuk itu aktif pada waktu malam dan fogging di kawasan berkenaan perlu dilakukan pada waktu malam,” ujarnya.
Tambahnya, MPAJ juga sudah menaikkan kain rentang di sekitar kawasan tersebut bagi memberi kesedaran dan maklumat kepada penduduk.
Sebuah akhbar tempatan pada Khamis melaporkan seramai 600 isi rumah dari dua kejiranan tersebut menjalani ujian darah selepas 14 kes malaria dikesan di kawasan berkenaan.
Menurut laporan itu lagi, Abdul Hamid dilaporkan berkata ujian pengesanan kes malaria kepada penduduk kawasan itu dijalankan sejak Isnin.
Topic Berkaitan
#Ampang
#Ampang Jaya
#Astro
#Astro Awani
#Datuk Abdul Hamid Husain
#kesihatan
#Majlis Perbandaran Ampang Jaya
#malaria
#MPAJ
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan