awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes mingguan HFMD di Selangor melebihi paras amaran

Bernama
Bernama
29/04/2022
15:22 MYT
Kes mingguan HFMD di Selangor melebihi paras amaran
Bilangan kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor kini telah melebihi paras amaran. - Gambar fail/REUTERS
SHAH ALAM: Bilangan kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor kini telah melebihi paras amaran, kata Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Beliau berkata setakat 27 April lepas, sebanyak 5,346 kes direkodkan di negeri ini bagi penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun itu.
"Pada masa yang sama, terdapat 112 kluster HFMD telah dilaporkan melibatkan 547 kes dengan 95 peratus daripadanya melibatkan kluster di taska, tadika serta pusat jagaan harian, namun tiada kematian dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Sha'ari berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menggesa orang ramai khususnya pengusaha serta penjaga kanak-kanak untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti sentiasa memastikan kebersihan premis terutama lantai, bilik air dan peralatan yang digunakan kanak-kanak.
"Selain itu pihak yang terbabit perlu membuat saringan di pintu masuk premis, sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan ketika menguruskan kanak-kanak, memastikan lampin pakai buang dibuang dalam tong yang bertutup serta melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berdekatan," katanya.
Beliau turut menasihati ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD seperti demam dan ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah, supaya tidak membawa anak mereka ke tempat awam, selain mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan sentiasa membersihkan permainan anak.
HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71), yang menular menerusi sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HFMD
#kes mingguan
#penyakit tangan kaki dan mulut
#paras amaran
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan