awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Muhyiddin: 'Saya tidak mahu masuk campur' - Rafizi

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2023
12:19 MYT
Kes Muhyiddin: 'Saya tidak mahu masuk campur' - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bertegas, beliau tidak mahu masuk campur dalam kes pendakwaan salah guna kuasa melibatkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan, beliau tidak mahu masuk campur dalam kes pendakwaan salah guna kuasa melibatkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebaliknya, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, perkara itu diserahkan kepada perundangan dan pihak berkuasa terlibat termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan seterusnya.
“Saya tidak mahu masuk campur, malah ketika menjadi pembangkang saya terima kes demi kes daripada pemberi maklumat, di mana saya harus bercakap dan hampir membayar harga yang mahal.
“Sekarang, sebagai kerajaan, sangat penting untuk saya tidak dekat untuk memastikan dari perspektif kerajaan kita elakkan sebarang campur tangan.
“Dalam hal ini, biar proses itu berjalan termasuk proses mahkamah, beri kepercayaan penuh kepada sistem kita, perundangan dan SPRM,” katanya dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Menteri Ekonomi bersama Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di sini hari ini.
Pada Khamis, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan Muhyiddin akan didakwa esok dan dijangka berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Jana Wibawa
#bekas perdana menteri
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan