awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bendera 'Sang Saka Bangsa' berkibar di WTC, bermulanya PAU 2025
Luis Enrique berpotensi tinggalkan PSG? Prestasi juara treble cetus tanda tanya
Wanita maut dirempuh van Siam langgar lampu isyarat merah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes penceramah bebas sebar video seks isteri, polis rujuk kertas siasatan kepada TPR

Bernama
Bernama
14/07/2025
05:40 MYT
Kes penceramah bebas sebar video seks isteri, polis rujuk kertas siasatan kepada TPR
Mohd Iqbal berkata, kes tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut selepas siasatan dan rampasan bahan bukti dilakukan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Dua kertas siasatan termasuk kes seorang penceramah bebas dikaitkan dengan penyebaran video seks isteri-isterinya, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) minggu ini.

Ringkasan AI
  • Dua kertas siasatan telah disiapkan melibatkan seorang penceramah bebas yang dikaitkan dengan penyebaran video seks membabitkan isteri-isterinya.
  • Kes tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut selepas siasatan dan rampasan bahan bukti dilakukan.
  • Laporan polis dibuat oleh isteri kedua suspek, dan kes kini dalam proses menunggu arahan pendakwaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mereka juga akan turut merujuk kes seorang lelaki Pakistan didakwa mencabul dan meliwat kanak-kanak serta remaja lelaki berusia sembilan, 13, 14 dan 19 tahun.
"Kes liwat oleh suspek warga Pakistan dan kes berkait penceramah bebas akan dirujuk ke TPR dalam minggu ini. Saya akan maklumkan perkembangannya," katanya dalam kenyataan ringkas menerusi WhatsApp hari ini.
Sebelum ini, polis menahan warga Pakistan itu di Kuala Nerang, Kedah pada 8 Julai, kerana disyaki terlibat dalam kes liwat serta amang seksual di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28, di sini.
Turut ditahan bersama suspek ialah seorang lelaki warga Pakistan dipercayai membantu rakan senegaranya menyembunyikan diri.
Pada 5 Julai, Mohd Iqbal dilaporkan berkata polis sedang menyiasat kes penyebaran video lucah oleh seorang penceramah bebas, susulan laporan daripada isteri kedua suspek yang mendakwa lelaki itu menyebarkan video hubungan intim dirinya bersama madunya serta beberapa wanita lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penceramah bebas
#video seks isteri
#polis
#kes jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan