awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
21/12/2024
10:00 MYT
Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis
Kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seramai 12 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kuala Nerus yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pukul bergilir-gilir dibebaskan dengan jaminan polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata kesemua suspek yang berusia di antara 20 dan 22 tahun itu dibebaskan pada Sabtu selepas tempoh reman terhadap mereka berakhir hari ini.
Polis juga, menurutnya, sedang melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut.
"Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
"Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya," kata Wan Mohd Zaki.
Terdahulu, kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan berhubung kes pukul membabitkan pelajar lelaki berusia 20 tahun selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan suspek di dalam kolej kediaman pelajar universiti berkenaan di antara jam 1 pagi hingga 5 pagi Ahad lepas.
Mangsa disahkan mengalami lebam dan kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek tumpul pada lengan kiri dan kanan, pinggang sebelah kanan, dada, bahagian perut dan kaki kanan mangsa.
Senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#Kuala Nerus
#pukul bergilir-gilir
#bebas dengan jaminan polis
#tempoh reman tamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan