awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim lawat dua banglo di Country Heights

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2022
05:23 MYT
Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim lawat dua banglo di Country Heights
Hakim Collin Sequerah diiringi beberapa kenderaan polis dan sebuah kereta peronda polis (MPV) dan dikawal rapi anggota polis serta pengawal keselamatan. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Hakim dan pihak yang terbabit dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat dua unit banglo di Country Heights, Kajang, Selangor yang didakwa dibeli menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB).
Banglo tersebut dikatakan untuk dijadikan pusat pengajian Al-Quran bagi golongan yang akan bersara dan pelajar tahfiz.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah tiba di lokasi kira-kira 10.40 pagi.
Beliau diiringi beberapa kenderaan polis dan sebuah kereta peronda polis (MPV) dan dikawal rapi anggota polis serta pengawal keselamatan.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffrey Ong dan barisan peguam bela Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh, yang mewakili Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid
Hakim Collin Sequerah bersama dengan barisan peguam ketika mereka melawat dua banglo yang didakwa dibeli dengan dana Yayasan Akalbudi. Kedua-dua banglo itu terletak di Country Heights, Kajang di Selangor.
Pasukan pembelaan Ahmad Zahid sebelum ini menjemput Hakim Collin Sequerah untuk melawat dua banglo berkenaan bagi memberikan gambaran jelas keadaan terkini banglo berkenaan termasuk lokasinya serta jarak banglo itu dengan Surau An-Nur yang terletak di Country Heights.
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akal Budi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Yayasan Akalbudi
#banglo Country Heights
#Hakim Colin Lawrence Sequerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan