Mahkamah Tinggi pada Khamis menetapkan hari ini bagi kedua-dua pihak dalam kes rasuah bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhujah berhubung penyerahan dokumen berkaitan resit pembayaran RM2 juta yang baharu dikemukakan di mahkamah.
Resit rasmi pembayaran RM2 juta sumbangan politik kepada UMNO dikemukakan oleh saksi pendakwaan ke-19, Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Tan Sri Chai Kin Kong, pada Rabu semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah pihaknya telah menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak pembelaan berkaitan dengan resit itu yang dikemukakan kepada mahkamah pada Rabu.
"Kami difahamkan pihak pembelaan membantah di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah (penyerahan dokumen berkaitan resit) dan atas bantahan itu pihak pembelaan ingin berhujah mengenai perkara ini dan pihak kami akan membuat hujahan balas," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipanggil untuk membuat klarifikasi berhubung resit itu.
Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan berkata, berdasarkan Seksyen 51A itu, menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk menyerahkan dokumen berkaitan sebelum perbicaraan bermula.
Bagaimanapun, beliau berkata, mahkamah mempunyai bidang kuasa dan budi bicara untuk membenarkan dokumen tambahan diberikan selepas perbicaraan bermula.
"Jika dokumen diserahkan selepas perbicaraan bermula mahkamah perlu membenarkan tertuduh untuk meneliti dokumen berkenaan dan untuk memberi keadilan kepada semua pihak kami memohon supaya pihak-pihak diberi masa untuk membuat hujahan (berhubung dokumen dan memanggil saksi SPRM)," katanya.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan hari ini untuk kedua-dua pihak berhujah mengenai peruntukan di bawah Seksyen 51A itu sebelum mahkamah memutuskan sama ada untuk membenarkan pihak pendakwaan memanggil saksi itu bagi memberi keterangan atau sebaliknya.
"Sama ada mahkamah akan benarkan pihak pendakwaan untuk panggil saksi ke-20 beri keterangan dahulu atau tangguh ke tarikh lain, saya ingin dengar kedua-dua pihak berhujah dahulu (sebelum buat keputusan)," katanya.
Resit pembayaran itu dikemukakan Chai ketika sesi pemeriksaan balas pada Rabu selepas Tan bertanyakan sama ada beliau ada menerima resit, akuan penerimaan atau dokumen berkaitan sumbangan RM2 juta itu.
Dalam keterangannya sebelum itu, saksi itu mengesahkan pembayaran cek RM2 juta kepada Tengku Adnan yang telah meminta sumbangan daripada beliau untuk dana politik.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas.
Cek itu didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang Tengku Adnan mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Julia ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, pihaknya baru menerima dokumen berkaitan resit itu pada pagi semalam dan hanya dapat menyerahkan kepada pihak pembelaan pada petangnya.
Menurut beliau, pegawai SPRM itu adalah seorang daripada pegawai yang terlibat dalam penyiasatan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2019
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam didakwa telah menerima untuk dirinya wang RM2 juta daripada Chai melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas. - Gambar fail
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Bunuh, tikam teman wanita 28 kali: Hukuman mati bekas pengurus diganti penjara, sebatan
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan.
Microsoft OneDrive versi web kini sokong mod luar talian
Mod ini membenarkan pengguna yang kekangan akses Internet untuk mengakses Home, My files, Shared, Favorites, People, dan Meeting dengan lebih mudah.
Pegawai kanan tentera guna kekerasan: Kertas siasatan diserah ke pejabat Peguam Negara
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.
Pantau Agenda Reformasi: Tidak cukup belajar di sekolah?
Benarkah kanak-kanak Malaysia tak cukup belajar sedangkan jadual pembelajaran yang panjang di sekolah ketika guru turut terbabit dalam banyak program babitkan pelajar?
Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Ekonomi Asia Pasifik dijangka alami pemulihan bertahap - IMF
Walaupun ekonomi rantau Asia Pasifik berkembang 5 peratus tahun lepas, pertumbuhan dijangka perlahan kepada 4.5 peratus tahun ini dan 4.3 peratus pada 2025.
Tinjauan EY: Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan
: Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Nestle Malaysia: Saham meningkat kepada paras tertinggi lapan bulan
Tinjauan itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan, 85 peratus percaya bahawa penyedia tenaga bertanggungjawab untuk menguruskan penggunaan tenaga mampan, manakala 31 peratus tidak bersedia untuk berbelanja lebih tinggi untuk produk mampan.
Sime Darby Plantation cadang tukar nama kepada SD Guthrie
Sime Darby Plantation Bhd (SD Plantation) mengumumkan hasrat untuk menukar nama jenamanya kepada SD Guthrie Bhd.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian berjumlah RM580,000.
Kontrak urus kenderaan kerajaan: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok
Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.
Bermula hanya sekadar hobi, ahli perniagaan tekad buka zoo
Bermula dengan hobi memelihara binatang, seorang ahli perniagaan melangkah lebih jauh apabila memutuskan untuk membuka zoo.
SPRM beku akaun ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta
SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang bernilai puluhan juta ringgit.
Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun
Panel tiga hakim menolak rayuan Lew Ngee Chin dan Chin Yoon Tack@Chin Yoon Tock berhubung sabitan terhadap mereka.
Atikah Suhaime, Datuk Lokman Teh selamat bernikah
Atikah, 33, yang dinikahkan sendiri oleh bapanya dalam satu majlis tertutup pada Ahad menerima mas kahwin sebanyak RM300.
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran 'Dato' Sri' palsu
Dia didakwa mengeluarkan surat bagi tujuan perniagaan menggunakan gelaran Dato' Sri sebagai penerima Anugerah SSAP daripada Sultan Pahang.
Datuk didenda RM50,000 pindah tanah tanpa kebenaran
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didenda RM50,000 selepas mengaku salah memindahkan tanah miliknya ke tanah kerajaan tanpa kebenaran.