Kes rasuah Sabah: Pendakwaan ambil masa, tidak lindungi sesiapa - PM Anwar

Anwar berkata beliau tidak campur tangan dalam siasatan yang dijalankan SPRM dan mengikut prosedur yang ditetapkan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa siasatan terhadap beberapa dakwaan rasuah bagi mendapatkan lesen penerokaan mineral tidak pernah ditutup, namun prosesnya akan mengambil masa.
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim menegaskan bahawa siasatan terhadap dakwaan rasuah bagi mendapatkan lesen penerokaan mineral tidak ditutup, tetapi prosesnya memerlukan masa.
- Anwar menegaskan bahawa beliau tidak campur tangan dalam siasatan SPRM dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Beliau menjelaskan bahawa tiada had masa dalam kes jenayah, siasatan SPRM telah dirujuk kepada AGC, serta tidak ada perlindungan terhadap mana-mana pihak, termasuk individu dari parti dalam Kerajaan Perpaduan.
“Saya tonton video itu dan saya anggap hujahnya kuat untuk disiasat. SPRM sudah menyiasat dan menurut SPRM, ia telah dirujuk kepada AGC.
"Ini kes jenayah, dan dalam kes jenayah, tiada had masa,” katanya.
Anwar menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas-PN) mengenai apa sebenarnya ‘membelenggu tangan dan kaki’ Perdana Menteri untuk memerangi rasuah dalam negara.
Tambah Anwar, tidak timbul soal melindungi mana-mana pihak, terutama sekali apabila dua individu yang sudah didakwa datang daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan.
“Dua daripada yang didakwa itu adalah daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan. Jadi jangan kata kita melindungi sesiapa.
“Apa yang PM harus lakukan? Beri arahan kukuh jangan kecualikan sesiapa tapi bukti yang kuat tapi belum ditutup kes mereka, itu maklumat yang sampai kepada saya," katanya lagi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa status siasatan terhadap dakwaan rasuah untuk mendapatkan lesen penerokaan mineral yang dibangkitkan? A: Anwar Ibrahim menegaskan bahawa siasatan terhadap dakwaan tersebut tidak ditutup, walaupun prosesnya akan mengambil masa.
- Q: Adakah Anwar Ibrahim campur tangan dalam siasatan SPRM mengenai dakwaan rasuah tersebut? A: Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak campur tangan dalam siasatan yang dijalankan SPRM dan memastikan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Q: Apakah pandangan Anwar mengenai perlindungan terhadap mana-mana pihak dalam siasatan ini? A: Anwar menekankan bahawa tidak ada perlindungan terhadap mana-mana pihak, termasuk individu dari parti dalam Kerajaan Perpaduan, dan siasatan akan berterusan tanpa mengira pihak yang terlibat.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

