awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Selepas 4 dekad, Fauziah Latiff bakal ubati kerinduan peminat dengan konsert solo
[KOLUMNIS] Dasar Industri Pertahanan Perkasa Kedaulatan Negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes remaja Britain hilang: Polis percaya Balisong hanya bercuti, visa tamat esok

Bernama
Bernama
03/09/2025
10:30 MYT
Kes remaja Britain hilang: Polis percaya Balisong hanya bercuti, visa tamat esok
Polis masih giat mengesan keberadaan Balisong dengan bantuan maklumat daripada ibu mangsa dan pelbagai pihak, namun beliau masih belum dijumpai. - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis mengesahkan remaja warga Britain David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai datang ke negara ini untuk bercuti.

Ringkasan AI
  • Remaja warga Britain David Balisong, 17, dipercayai datang ke Malaysia untuk bercuti dan visanya dijangka tamat pada 4 September, selepas masuk ke negara ini pada 7 Jun lalu.
  • Polis masih giat mengesan keberadaan Balisong dengan bantuan maklumat daripada ibu mangsa dan pelbagai pihak, namun beliau masih belum dijumpai.
  • Balisong dilaporkan hilang selepas menaiki penerbangan ke Malaysia secara senyap dan menghantar e-mel terakhir kepada ibunya pada 9 Julai, memohon maaf dan meminta agar tidak dicari.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata perkara itu diketahui susulan visa kemasukannya menunjukkan dokumen itu akan tamat tempoh esok selepas dia masuk ke negara ini pada 7 Jun lepas.
"Berdasarkan visa ketibaan menunjukkan ada masa tiga bulan sebelum tamat tempoh dan tinggalkan Malaysia. Kita menjangkakan 4 September tarikh tamat visa ... dia datang ke sini untuk bercuti.
"Insya-Allah, kalau tidak ada apa-apa (terjadi) kepada mangsa, dia akan meninggalkan negara ini dan kita dapat kesan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Shazeli berkata polis masih meneruskan usaha mengesan keberadaan remaja terbabit, antara lain dibantu oleh maklumat yang diberikan ibu mangsa serta pelbagai pihak lain.
"Kita sentiasa membuat susulan berdasarkan maklumat disalurkan pelbagai pihak, namun hingga kini, dia masih belum dijumpai," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan polis menyiasat kehilangan seorang remaja 17 tahun dari Britain yang dilaporkan hilang selepas secara senyap-senyap menaiki penerbangan ke Malaysia.
Balisong, seorang pelajar cemerlang dari Cheadle, Greater Manchester, meninggalkan rumah pada awal pagi 6 Jun dan memberitahu abangnya dia mempunyai urusan di sekolah.
Sebaliknya, remaja itu seorang diri menaiki penerbangan dari Manchester ke Kuala Lumpur, dan sejak itu mematikan telefon dan tidak membalas e-mel.
Balisong bagaimanapun dilaporkan sempat menghantar e-mel pada perhubungan terakhir dengan ibunya pada 9 Julai lepas.
Antara kandungan e-mel itu ialah pesanan Balisong supaya tidak mencarinya dan bimbang akan dirinya selain mendoakan kesemua ahli keluarga berjaya dalam kehidupan serta memohon maaf atas tindakannya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja Britain hilang
#David Balisong
#kes orang hilang
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan