KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia untuk lanjutan masa bagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman terhadap mereka berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda berkenaan tuntutan Pulau Batu Puteh.
Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff menetapkan sehingga 23 Okt ini untuk Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama dan kedua memfailkan pernyataan pembelaan.
Berdasarkan notis permohonan yang difailkan pada 7 Sept lalu, kedua-dua defendan membuat permohonan itu atas alasan antaranya mereka telah meneliti pernyataan tuntutan plaintif dan ia sarat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah pertikaian Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura sejak 1979.
"Oleh yang demikian, pihak defendan perlu meneliti setiap dokumen berkaitan sebelum memberikan maklum balas terhadap fakta sejarah seperti yang diplidkan dalam pernyataan tuntutan plaintif," menurut kedua-dua defendan dalam notis permohonan itu.
Peguam Mohaji Selamat yang mewakili Mohd Hatta Sanuri selaku plaintif dalam saman itu ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya tidak membantah permohonan tersebut dan Hakim Rozana kemudiannya membenarkan lanjutan masa berkenaan.
"Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes selanjutnya pada 29 Okt ini secara dalam talian (e-Review)," katanya selepas prosiding secara dalam talian yang turut disertai Peguam Kanan Persekutuan Erma Wani Ahmad Kaflee.
Pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.
Pada 28 Mei lepas, Mohd Hatta, 45, memfailkan tindakan saman itu mewakili dirinya dan mewakili lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan, tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Hatta memohon perintah supaya kedua-dua defendan memberi penjelasan bertulis mengapa mereka telah menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ berkenaan dengan tuntutan Pulau Batu Puteh terhadap Singapura pada 1 Jun 2018 sedangkan permohonan semakan semula dengan bukti kukuh telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Feb 2017.
Mohd Hatta turut memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Pulau Batu Puteh dan berdasarkan kerugian ekonomi dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata berjumlah paling kurang RM10 juta.
Turut dimohon perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang telah dibelanjakan oleh defendan kedua (kerajaan) untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Feb 2017 sehingga defendan-defendan menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff menetapkan sehingga 23 Okt ini untuk Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama dan kedua memfailkan pernyataan pembelaan. - Gambar fail/ Reuters
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
Jemaah Menteri setuju tubuh RCI kaji kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan,
Rayuan untuk kembalikan semula saman berhubung tuntutan Batu Puteh didengar pada 15 Nov
Pihak-pihak yang terlibat juga dikehendaki mengemukakan hujah masing-masing pada 18 Okt dan hujah balas pada 31 Okt.
Sultan Johor zahir murka isu Batu Puteh - Azalina
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menzahirkan rasa murka ekoran tidak merujuk baginda dalam keputusan berhubung isu tuntutan Batu Puteh (Pedra Branca).
Singapura sedia pertahankan kedaulatannya ke atas Pulau Batu Puteh - MFA
Singapura bersedia mempertahankan kedaulatannya ke atas Batu Puteh (Pedra Branca) dan akan menangani tindakan perundangan yang mungkin diambil Malaysia.
Kerajaan nyahklafikasi laporan Pasukan Petugas Khas buku Tommy Thomas - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah pembentangan laporan pasukan petugas khas tersebut.
Kes Batu Puteh: Kerajaan teliti, muktamad langkah demi kembalikan maruah negara
Kerajaan telah meneliti dan memuktamadkan beberapa langkah yang akan dilaksanakan demi mengembalikan maruah serta kedaulatan negara berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh
Perkara itu tidak mempunyai justifikasi dan Mohd Hatta Sanuri (plantif) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang.
Kes Batu Puteh: Tun M sedia maklum kedudukan Apandi, wajar persoal lebih awal - Wan Junaidi
Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menyingkirkan Apandi Ali sebagai Pengerusi PPK tanpa sebarang justifikasi.