KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan pelantikan dua peguam daripada Tetuan Tommy Thomas bagi mewakili bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam kes saman RM1.9 juta yang difailkan bekas perdana menteri itu.
Hakim Datuk Ahmad Bache dalam penghakimannya berkata adalah biasa terutamanya dalam common law dan menjadi amalan, pihak litigan mempunyai hak untuk memilih peguamnya sendiri.
Beliau berkata Peguam Negara (AG) sekarang, Tan Sri Idrus Harun telah memberi keizinan atau fiat kepada dua peguam, Alan Adrian Gomez dan Mervyn Lai Wei Shiung pada 29 Julai lepas untuk mewakili Thomas walaupun Thomas telah disaman atas kapasitinya sebagai pegawai kerajaan pada masa itu, yang biasanya akan diwakili oleh peguam kanan persekutuan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
"AG sekarang mesti mempertimbangkan semua keperluan yang diharapkan daripada kedua-dua peguam yang mewakili Thomas, sebelum memberikan keizinan atau fiat, termasuk keupayaan mereka untuk bertindak secara profesional dan demi kepentingan keadilan," katanya semasa prosiding dalam talian hari ini.
Dalam permohonan membantah pelantikan kedua-dua peguam itu, Najib mempersoalkan sama ada mereka akan dapat mengekalkan kebebasan profesional mereka dan bertindak secara objektif dalam saman yang difailkan pada 22 Okt tahun lepas bagi pengisytiharan bahawa Thomas telah melakukan misfeasans dalam jawatan awam berhubung tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya.
Ahli Parlimen Pekan itu yang menamakan Thomas dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan yang dirancang lebih awal oleh Thomas dan selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.
Thomas yang meletak jawatan sebagai Peguam Negara pada 28 Feb 2020, merupakan pengasas dan konsultan atau rakan kongsi firma guaman itu manakala rakan kongsinya juga memiliki kepentingan kewangan dalam firma itu.
Sementara itu, mengenai hujah bahawa terdapat kepentingan peribadi dan kewangan yang terlibat antara peguam dan firma itu, hakim memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai hubungan dalam pertikaian antara Najib dan Thomas.
"Ia tidak dibuktikan mengenai kepentingan peribadi dan kewangan dalam afidavit sokongan Najib.
"Daripada afidavit jawapan defendan, ia mengesahkan bahawa kedua-dua peguam mahupun rakan kongsi atau sekutu firma yang lain tidak terlibat dalam pendakwaan plaintif, justeru, tidak mungkin mereka akan menjadi saksi," kata hakim.
Hakim itu berkata walaupun Thomas merupakan pengasas firma itu, beliau bukan lagi rakan kongsi malah hanya seorang perunding yang tidak menikmati sebarang keuntungan kerana tidak mempunyai sebarang saham dalam firma itu.
"Beliau (Thomas) tidak mempunyai sijil amalan pun setelah dibatalkan berikutan pelantikannya sebagai Peguam Negara. Oleh itu, tiada kepentingan kewangan antara firma dan Thomas.
"Mahkamah mendapati tiada bantahan serupa yang dibangkitkan oleh Najib dalam satu lagi saman yang difailkan olehnya (Najib) terhadap Thomas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, adalah jelas Najib mengambil pendirian yang tidak konsisten dan kini dihalang daripada membuat permohonan ini pada peringkat ini," katanya.
Beliau seterusnya berkata tidak akan ada prejudis terhadap Najib kerana kelakuan kedua-dua peguam itu akan diawasi oleh mahkamah, oleh itu mahkamah tidak seharusnya bersetuju dengan permohonan untuk membatalkan pelantikan kedua-dua mereka.
Beliau berkata tiada bukti yang meyakinkan untuk menunjukkan bahawa kedua-dua peguam itu tidak akan dapat mengekalkan kebebasan profesional dan bertindak secara objektif dan demi kepentingan keadilan.
"Permohonan untuk menggugurkan dua peguam daripada Tetuan Tommy Thomas untuk mewakili Thomas ditolak dengan kos RM3,000," kata hakim dan menetapkan 9 Sept untuk mendengar permohonan defendan untuk membatalkan saman Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan pelantikan dua peguam daripada Tetuan Tommy Thomas bagi mewakili bekas Thomas dalam kes saman RM1.9 juta yang difailkan bekas perdana menteri itu. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.
Kes saman ibu model Belanda Ivana: Kerajaan cadang penyelesaian mediasi
Kerajaan Malaysia mencadangkan penyelesaian secara mediasi dalam saman yang difailkan ibu kepada model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap polis, KDN dan kerajaan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama
Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan dibicara bersama.
Kes saman penulis skrip terhadap Amelia Henderson gagal selesai secara baik
Kes saman difailkan seorang penulis skrip drama terhadap pelakon Amelia Henderson akan diteruskan dengan perbicaraan.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.