KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Yeo Bee Yin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) selesai selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memohon maaf kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Jamal, 50, yang membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.
"Saya sekarang mengakui bahawa YB Yeo Bee Yin seorang yang jujur dan telus dalam pengurusan wang Skim Mesra Usia Emas.
"Saya ingin memohon maaf kepada YB Yeo Bee Yin atas kesilapan saya ini. Saya minta maaf, YB Yeo Bee Yin," katanya.
Hari ini dan Khamis sepatutnya prosiding perbicaraan kes saman itu di hadapan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff, namun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya melalui penghakiman persetujuan.
Terdahulu, Hakim Rozana merekodkan penghakiman persetujuan kes itu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak terlibat kerana bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan saman tersebut di luar mahkamah.
"Hari ini kita dah capai penyelesaian, jadi mahkamah telah rekodkan persetujuan. Mahkamah juga berterima kasih kepada pihak-pihak kerana kes ini agak lama memandangkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini, mahkamah perlu dahulukan kes-kes lama," katanya.
Berdasarkan deraf penghakiman persetujuan, Jamal selaku defendan yang diwakili peguam Mohammed Nasser Yusof, perlu memohon maaf kepada Yeo sebagai plaintif di hadapan semua wartawan dan jurugambar di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Defendan dihalang sama ada menerusi dirinya sendiri, ejen atau pekerjanya daripada selanjutnya mengucapkan, menulis, menerbit atau menyebar ucapan yang dikatakan memfitnah.
Jamal juga dihalang mengucapkan, menulis, menerbit atau menyebar perkataan-perkataan yang dikatakan memfitnah seperti dalam penyataan tuntutan terpinda pada 16 Jun 2017 atau kata-kata yang mempunyai kesan sama berkenaan plaintif atau penyataan yang boleh dikira sebagai memfitnah.
Penghakiman persetujuan itu tidak boleh mengikat dan diguna pakai ke atas defendan oleh mana-mana pihak lain yang mempunyai tindakan saman serupa terhadap Jamal. Penghakiman persetujuan itu juga tanpa perintah mengenai kos.
Yeo memfailkan saman itu, pada 14 Jun 2017 menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta daripada Jamal atas kenyataannya yang didakwa berbaur fitnah berhubung isu penyelewengan dana Yawas.
Penyataan tuntutan Yeo, yang juga Ahli Parlimen Bakri, mendakwa Jamal telah mengeluarkan kenyataan itu pada 21 Mac 2017 dan diterbitkan oleh beberapa akhbar, portal berita serta akaun Facebook defendan.
Yeo mendakwa kenyataan itu, antara lain memberi tanggapan bahawa beliau telah menyalahgunakan dana awam serta menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika serta tidak boleh dipercayai.
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, peguam Datuk Sankara N. Nair yang mewakili Yeo berkata ada pernyataan umum dalam undang-undang bahawa semua orang mempunyai reputasi yang baik sehingga terbukti sebaliknya dan reputasi adalah komoditi berharga untuk semua.
“Dengan prosiding hari ini dan permohonan maaf secara terbuka oleh Datuk Seri Jamal kepada klien saya berhubung episod serius ini yang telah mencemarkan reputasi klien saya, kini ia telah dihapuskan secara kekal,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Jamal (kanan) memohon maaf kepada Yeo (kiri) atas kesilapannya.

Lim Kit Siang sekali lagi umum tanding pemilihan DAP
Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan sekali lagi akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

Banjir Kilat | Tidak ada satu usaha berkesan setakat ini
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berpandangan belum ada satu tindakan berkesan diambil dalam usaha mencegah banjir kilat yang sering melanda ibu kota.

COVID-19 | JPBN Bintulu saran PdPR dilaksanakan semula
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Bahagian Bintulu menyarankan agar Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) melaksanakan semula Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Ia susulan peningkatan secara mendadak kes-kes positif membabitkan sekolah-sekolah dalam kawasan bandar Bintulu.

PKP | Semua laluan tikus di tujuh daerah Kelantan ditutup
Bermula tengah malam Jumaat, kesemua laluan tikus di tujuh daerah di negeri Kelantan ditutup susulan pelaksanaan PKP.
![[TERKINI] Jumlah kes COVID-19 hari ini 2,148 kes [TERKINI] Jumlah kes COVID-19 hari ini 2,148 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899915/32896850861618474520540_640x360.jpg)
[TERKINI] Jumlah kes COVID-19 hari ini 2,148 kes
Ini berita terbaharu diterima. jumlah kes COVID-19 hari ini adalah 2,148 kes (367,977 kes) pecahan setiap negeri (kumulatif), Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 512 kes.

Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan Darurat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
Keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.

COVID-19: Wanita punca 7 kedai ditutup sementara mohon maaf kerana abai kuarantin
Wanita itu menerusi laman Instagramnya membuat pengakuan itu kerana tidak mahu orang lain menyifatkannya sebagai mementingkan diri sendiri.

Neelofa mohon maaf, mengaku tidak sensitif isu SOP PKP
Neelofa dan suami PU Riz mohon maaf kerana langgar SOP majlis pernikahan dan merentas negeri baru-baru ini.

Astro AWANI mohon maaf kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Kesilapan yang tidak sengaja ini adalah dikesali dan tiada niat untuk salah lapor prosiding tersebut.

Ronaldo akan kekal ketuai Portugal - Santos
Ronaldo yakin percubaannya melepasi garisan, namun pegawai perlawanan tidak bersetuju ketika Serbia bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Polis Thailand mohon maaf insiden petugas media cedera terkena peluru getah
Polis Thailand memohon maaf berhubung insiden petugas media terkena tembakan peluru getah ketika membuat liputan protes antikerajaan.

Bekas hamba seks Perang Dunia Kedua desak Kerajaan Jepun mohon maaf
Lee Yong-Soo,meminta kerajaan Jepun untuk melakukan permohonan maaf secara rasmi kepadanya termasuk mangsa-mangsa lain.

Kes saman selesai, Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo
Membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jamal berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.

Hadir acara makan malam mewah, 11 pegawai kerajaan Jepun diberi amaran
Setiausaha Perhubungan Awam Kabinet, Makiko Yamada turut memohon maaf atas tindakannya yang mencemarkan kepercayaan terhadap penjawat awam.

Muhyiddin minta Puad Zarkashi mohon maaf, ganti rugi RM10 juta
Firma guaman itu juga diarah menuntut Mohd Puad menyatakan permohonan maaf secara terbuka yang disiarkan secara jelas dan segera di Facebooknya dan semua portal berita dan media sosial berkaitan.

'Saya tahu saya mengecewakan', Justin Timberlake mohon maaf daripada Britney Spears dan Janet Jackson
Timberlake menyatakan sedemikian menerusi akaun Instagramnya selepas menerima kritikan pada minggu ini di media sosial dan media arus perdana.