PASIR MAS: Walaupun berlaku penurunan kes jenayah seksual melibatkan remaja di negeri Kelantan, namun, gejala itu masih dianggap membimbangkan apatah lagi melibatkan golongan remaja dan bawah umur.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, statistik Januari hingga September tahun ini merekodkan 145 kes seksual, menurun berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 166 kes di seluruh negeri itu.
Menurut beliau, sepanjang tempoh Januari hingga September tahun ini pula, sejumlah 71 kes rogol melibatkan remaja dilaporkan, 6 (kes liwat), 22 (kes cabul) dan 42 kes melibatkan Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak kanak (AKSTK).
Untuk tempoh sama tahun lepas pula merekodkan 85 kes rogol, 22 (kes cabul), 7 (kes liwat) dan 36 (kes AKSTK).
Muhamad Zaki berkata, berdasarkan statistik itu juga daerah Kota Bharu mencatatkan kes tertinggi berbanding daerah lain di seluruh negeri.
"Jika dilihat daripada statistik kes ini ia sangat membimbangkan, namun perkara ini boleh kita halang. Kita boleh tutup ruang dan kita mesti buat sesuatu.
"Keluarga terutamanya perlu mempunyai cara untuk memantau anak-anak mereka, malah di pihak kita, panduan sentiasa diberikan kepada mereka bagi mengelakkan kes ini daripada berterusan berlaku," katanya selepas Majlis Perasmian Taman Angkat AMANITA PDRM, di sini, hari ini.
Menurut Muhamad Zaki, kes seumpama ini banyak berlaku di kalangan remaja dan ia perlu dielakkan kerana mereka tidak mengetahui bagaimana mereka telah terjebak dalam kes seumpama ini.
Katanya, dalam masa sama perlunya usaha daripada keluarga dan orang ramai untuk bersama-sama mengawal dan cuba mencegah kes jenayah seksual seperti ini daripada berlaku.
Wanna Abd Rahim
Tue Oct 11 2022

Walaupun berlaku penurunan kes jenayah seksual melibatkan remaja di negeri Kelantan, namun, gejala itu masih dianggap membimbangkan apatah lagi melibatkan golongan remaja dan bawah umur kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (tengah).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Kes seksual remaja di Kelantan membimbangkan - Ketua Polis
Statistik Januari hingga September tahun ini merekodkan 145 kes seksual berlaku di negeri itu.